CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 0

[Kelantan] Berkubang dalam selut, tangkap ikan gamit nostalgia

[Copy link]
Post time 19-12-2021 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian aksi peserta yang teruja menangkap ikan dan berkubang dalam sawah yang menyertai program Igak Ikey Daley Baruh 2021 di Kota Jembal. NSTP/Foto ihsan Pembaca

KOTA BHARU: Mengambil kesempatan musim bah, sekumpulan peserta sanggup berkubang dalam sawah bagi aktiviti mencari ikan dalam program Igak Ikey Daley Baruh 2021.

Seramai 50 peserta, kebanyakan mereka kanak-kanak bermandi lumpur bagi menangkap ikan keli dan haruan menggunakan tangan serta bubu, sekali gus mengembalikan nostalgia zaman silam.

Malah, aktiviti itu turut menarik perhatian ibu bapa dengan membawa anak-anak mereka mengenali sawah dan menangkap ikan menggunakan kaedah tradisional.

Peserta Teknologis Profesional (TS), Dr Noor Janatun Naim, 37, berkata dia teruja membawa lima ahli keluarga termasuk anak-anaknya bagi mendekatkan mereka dengan kehidupan di desa.

Katanya, sebelum ini mereka hanya mengenali sawah dan melihat suasana berkubang menerusi pembacaan di buku dan internet.

"Kali pertama mereka merasai sendiri pengalaman bermain selut dan menangkap ikan dengan tangan mereka.

"Malah, kami juga disajikan dengan hidangan yang mengimbau kenangan dengan ubi kayu rebus dan kopi panas," katanya.

Bagi Mohd Irwan Kauzi, 39, pengalaman menangkap ikan dalam padi mengingatkan dia kepada zaman kanak-kanaknya yang sering mengikut nenek dan atuk ke sawah.

Katanya, program itu juga dapat memperkenalkan jenis ikan dan suasana di sawah kepada generasi sekarang melalui aktiviti fizikal.

"Perasaan gembira dapat bawa balik ikan yang ditangkap, kemudian dibakar dengan dapur arang itu yang seronok. Kami juga diajar menangkap ikan dengan peralatan tradisional seperti bubu," katanya.

Dalam program anjuran Projek Paseto itu, peserta turut mengenakan pakaian semutar, bert-shirt dengan kain pelikat dengan aksesori basikal tua bagi menghidupkan suasana seperti zaman dahulu.

Penganjur, Wan Abdullah Hassan Wan Azmi, berkata aktiviti yang berlangsung selama dua jam di sawah Kampung Kota Jembal itu bertujuan memberi pendedahan aktiviti masyarakat kampung yang mencari rezeki di musim tengkujuh di sawah dan tali air.

Katanya, sebanyak 200 ekor ikan keli dan haruan dilepaskan di sawah berkenaan dan peserta boleh membawa pulang hasil yang ditangkap.

"Melihat sambutan yang diterima, kita berhasrat meneruskan progam ini tahun depan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.113414 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list