CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 1

[Sarawak] Helikopter yang membawa Ketua Menteri mendarat cemas di UNIMAS

[Copy link]
Post time 19-12-2021 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Helikopter Ketua Menteri mendarat akibat cuaca buruk

Helikopter yang digunakan membawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terpaksa membuat pendaratan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata Abang Johari bersama rombongan meneruskan perjalanan menggunakan keretq.

"Betul, helikopter yang membawa Ketua Menteri mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk. Mereka kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat," lapor Utusan Borneo.

Abang Johari yang bertanding atas tiket GPS bagi kerusi DUN Gedong  dalam perjalanan dari Gedong ke Kuching apabila cuaca bertukar buruk..









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2021 05:47 PM | Show all posts
Helikopter bawa Abang Johari dan rombongan mendarat di Unimas akibat cuaca buruk

KUCHING,18 Dis: Sebuah helikoper yang membawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongan terpaksa membuat pendaratan susulan cuaca buruk, kira-kira jam 2 petang tadi.

Helikopter tersebut yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuching (LTAK) terpaksa mendarat di Padang Kawad Univesiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Ketua Menteri bersama rombongan kemudian meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat.

Sumber memberitahu Abang Johari bersama rombongan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Abang Johari merupakan calon GPS yang bertanding untuk kerusi DUN Gedong pada Pilihan Raya Negeri ke-12. ― DayakDaily

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034384 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list