CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

[Terengganu] Tegur sebelum saman

[Copy link]
Post time 21-12-2021 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Dua anggota polis sedang mendekati seorang penjaja jalanan bertujuan memberi nasihat dan peringatan di sekitar bandar Chukai, Kemaman. - Foto ihsan polis

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melaksanakan Op Khas Penjaja Jalanan yang bermula pada 13 Disember lalu selepas menerima aduan orang ramai yang bimbang berlaku kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, polis menggunakan kaedah advokasi dan memberi teguran dan nasihat kepada penjaja terbabit yang menjalankan aktiviti itu di persimpangan jalan serta lampu isyarat.

Menurut beliau, kesemua mereka akan dikenakan tindakan saman jika masih berdegil.

"Kita juga sedia maklum berhubung video tular yang menunjukkan dua anggota mendekati seorang penjaja jalanan di Bandar Chukai, Kemaman. Anggota itu hanya melakukan advokasi atau memberi nasihat kepada penjaja berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini tular video berdurasi 14 saat yang dikatakan dua anggota terbabit mengenakan saman kepada penjaja jalanan di sekitar bandar Chukai, Kemaman.

Beliau berkata, tindakan saman boleh diambil di bawah Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (LN 166/59), tidak ada seorang pun boleh menjual sesuatu kepada orang dalam kenderaan di persimpangan jalan atau di atas jalan dan boleh dikompaun jika melanggar kaedah ini.

"Selain itu, di bawah Kaedah 10A(2) dalam kaedah yang sama, tidak ada seorang pun boleh cuba membeli atau membeli sesuatu semasa berada dalam kenderaan di persimpangan jalan atau di atas jalan. Kesalahan ini tidak boleh dikompaun dan hendaklah menjelaskan di Mahkamah," ujarnya.

Dalam masa sama, Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan perniagaan terutama di kawasan lampu isyarat kerana mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Tegur-sebelum-saman
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list