CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 0

[Pahang] SMK Pulau Tawar sering dilanda banjir bakal dipindahkan

[Copy link]
Post time 25-12-2021 06:40 PM | Show all posts |Read mode
SMK Pulau Tawar sering dilanda banjir bakal dipindahkan


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyertai gotong-royong pasca banjir bersama sukarelawan di SMK Pulau Tawar, Jerantut, hari ini. - NSTP/Roselan Ab Makek

JERANTUT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di sini bakal dipindahkan ke lokasi baharu berikutan hampir setiap tahun dilanda banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sekolah berusia 51 tahun itu tidak lagi sesuai untuk terus beroperasi di kawasan berkenaan.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, DatukNazri Ngah; pegawai daerah Jerantut dan pengetua sekolah mengenai cadangan agar sekolah ini dipindahkan. Kerja-kerja awal telah dilakukan.

"Kerajaan negeri tiada masalah menyediakan tapak, cuma kita bersetuju sekiranya ada peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk membina sekolah itu.

"Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana ia merencatkan persekolahan anak-anak kita, terpaksa bercuti, tidak dapat datang sekolah dan selepas banjir, kena bersihkan sekolah. Semua ini mengambil kos dan masa yang sangat banyak," katanya.

Tahun ini sahaja, katanya, sekolah berkenaan sudah dua kali dilanda banjir, masing-masing pada awal tahun dan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyertai gotong-royong pasca banjir bersama sukarelawan di SMK Pulau Tawar, hari ini. Turut hadir, Nazri; Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri; Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris serta pemimpin setempat.

Pada program sama, Wan Rosdy menerima 200 kit bantuan makanan kering serta barang sanitasi daripada Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Bahagian Pengamal Perubatan Swasta, Dr Balachandran S Krishnan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di daerah Jerantut.

Sementara itu, Menteri Besar memaklumkan, ada perancangan untuk projek naik taraf Jalan Paya Garuk yang sering dinaiki air sehingga lebih dua meter tinggi ketika banjir.

Menurutnya, jalan itu adalah penghubung kepada 26 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membabitkan 4,200 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.

"Ia juga jalan utama ke pusat pelancongan terkenal, Taman Negara Kuala Tahan. Projek menaikkan aras jalan sepanjang satu kilometer itu sedang dalam perancangan membabitkan kos sebanyak RM14 juta," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... r-bakal-dipindahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041269 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list