CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 0

[Kelantan] 11 mangsa banjir di Kelantan positif COVID-19

[Copy link]
Post time 27-12-2021 02:24 PM | Show all posts |Read mode
11 mangsa banjir di Kelantan positif COVID-19

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Disember 27, 2021 @ 1:41pm[email protected]




Mangsa banjir yang dipindahkan di PPS dinasihatkan supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP). - Foto NSTP




KOTA BHARU: Seramai 11 mangsa banjir di dua daerah di Kelantan positif COVID-19 sehingga Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua mereka dikesan hasil ujian saringan yang dilakukan sebelum memasuki pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, kesemua yang positif dihantar ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang berdekatan.

"Kesemua kes yang dikesan adalah di Gua Musang dan Rantau Panjang.

"Setakat ini, tiada kes yang dikesan ketika mangsa banjir berada di PPS hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 901 mangsa di pusat berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Dr Zaini berkata, pihaknya sentiasa menitik berat dan menasihatkan mangsa banjir yang berada di PPS supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, kes harian di Kelantan masih tinggi dan mencatatkan kluster baharu setiap hari.

"Untuk semalam, Kelantan merekodkan 311 kes dengan dua kluster baharu menjadikan keseluruhan 22 kluster aktif setakat ini.

"Malah, kesemua daerah di Kelantan masih berada di zon merah," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.138642 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list