CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

[Kelantan] Bantu ibu cuci pakaian 15 kali sehari

[Copy link]
Post time 28-12-2021 05:29 PM | Show all posts |Read mode

NUR Ainsyah Robayah termenung di hadapan rumahnya yang ditenggelami air sedalam tiga meter di Kampung Tersang, Rantau Panjang. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: "Selepas pulang ke rumah sebaik air surut, saya membantu ibu yang terpaksa mencuci pakaian lebih 15 kali sehari susulan semuanya ditenggelami banjir," kata Nur Ainsyah Robayah Abdullah.

Nur Ainsyah, 9, tidak kekok membantu ibunya, Nur Farahida Mohd Shakri, 29, selepas rumah mereka ditenggelami banjir separas tiga hingga empat meter selama seminggu sejak 17 Disember lalu.

Dia terpaksa berteduh selama lima hari di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh, terkejut apabila melihat timbunan pakaian yang sebelum ini sudah disimpan di tempat tinggi, berselerakan akibat ditenggelami air.

"Saya sedih melihat ibu keletihan mengemas rumah, oleh itu, saya membantu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh serta menyidainya di ampaian. Nasib baik, mesin basuh sempat diselamatkan daripada tenggelam.

"Saya gembira dapat membantu ibu yang mengajar supaya berdikari selain rajin membuat kerja rumah sejak kecil. Jadi setakat membantu membasuh pakaian hanyalah perkara biasa sahaja.

"Memandangkan ruang ampaian rumah sempit selain mesin basuh hanya mampu memuatkan beberapa kilogram kain sahaja, saya perlu mencucinya berulang kali," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tersang, di sini, hari ini.

Nur Ainsyah berkata, hampir setiap tahun rumahnya digenangi air, namun kali ini fenomena bah terbabit agak besar sehingga hampir menenggelami kediamannya.

Anak sulung daripada dua adik beradik itu berkata, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman berada di PPS selain mengakui teruja dapat bersama rakan lain, namun sentiasa mengingati pesan ibu agar menjaga prosedur operasi standard (SOP).

"Selepas melihat semua kain dicuci bersih, saya berasa lega dan berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi. Malah, ibu masih berjaga-jaga dengan gelombang banjir seterusnya kerana risau bah besar melanda lagi.

"Sebaik air surut, saya tidak melepaskan peluang bermain air dengan pengawasan ibu kerana teruja melihat rakan lain yang bermandi manda," katanya yang bersekolah di SK Gual To'Deh, di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049615 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list