CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

[Pahang] 18 jam atas pokok jambu

[Copy link]
Post time 3-1-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

ZULIAH dan Roslan memilih pakaian mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Karak Setia. FOTO Mohd Rafi Mamat.

Bentong: "Selama 18 jam saya menunggu suami kembali selepas dia pulang ke rumah semata-mata untuk menyelamatkan dokumen penting daripada ditenggelami banjir.

"Setiap detik saya berdoa tiada kejadian buruk berlaku pada suami, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui hati saya ketika itu," kata penduduk Kampung Karak Setia, di sini, Zuliah Simoh@Mokhtar, 49 menceritakan detik cemas berdepan banjir, 18 Disember lalu.

Katanya, suaminya, Roslan Maalik, 52, mengambil keputusan kembali ke rumah untuk mengambil beg yang berisi dokumen penting selepas menghantarnya dan dua anaknya berusia 19 dan 10 tahun ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia, di sini, kira-kira 10 malam.

Menurutnya, suami memandu kenderaan pacuan empat dengan mengharung banjir dengan keadaan arus air yang deras dan ketika berada dalam kawasan rumah dia (suami) hanyut dibawa arus deras.

"Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib suami yang tidak kembali ke PPS, saya meminta bantuan jiran sekampung untuk mengesan kedudukan suami.

"Debaran saya semakin kencang apabila keesokan harinya kelibat suami masih tidak kelihatan, penduduk mendakwa terdapat beberapa jiran terperangkap di rumah mereka berikutan paras banjir setinggi lebih empat meter.

"Saya nekad sekiranya suami tidak ditemui, saya sendiri akan mencarinya walaupun berhadapan banjir yang masih lagi berada pada paras bahaya," katanya yang berasal dari Felda Jengka 11, Maran.

Zuliah berkata, dia difahamkan anggota Bomba dan Penyelamat menemui suami sedang menyelamatkan diri diatas pokok jambu di tepi rumah selepas dibawa arus deras, sebelum menyelamatkan diri di atas pokok selama 18 jam.

Katanya, selepas diselamatkan suami sempat bercerita mengenai detik cemas sepanjang berada diatas pokok.

Menurutnya, disebabkan terlalu sejuk, lapar dan penat dia terjatuh dalam air sebelum berenang untuk memanjat semula pokok.

"Dia (suami) mendakwa badannya disengat serangga, selain melihat kepala air yang deras membawa bersama kayu. Banjir ketika itu di paras bumbung rumah.

"Kekuatan mental suami yang sebelum ini bertugas sebagai anggota tentera darat membolehkannya bertahan diatas pokok selama 18 jam, dia mendakwa tanpa ketahanan diri sudah tentu dia tewas," katanya yang sudah 12 tahun menetap di Kampung Karak Setia.

Zuliah berkata, dia kerugian lebih RM300,000 apabila semua barangan dan peralatan termasuk tiga kereta dan empat motosikal tidak dapat diselamatkan.

Menurutnya, dia sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian ditenggelami banjir, bantuan mencuci rumah oleh pelbagai pihak dapat meringankan beban yang ditanggung dia sekeluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 01:49 PM | Show all posts
18 jam woooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.160425 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list