CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Kelantan] Jangkitan varian Delta di Kelantan membimbangkan

[Copy link]
Post time 3-1-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Jangkitan kes varian Delta di Kelantan membimbangkan apabila sebanyak 60 kes direkodkan dalam masa sembilan hari bermula 26 Disember lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan dikesan hasil daripada kajian berterusan yang dijalankan oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, jumlah keseluruhan kes varian Delta yang dicatatkan di Kelantan setakat ini adalah sebanyak 170 kes.

"Penularan varian Delta yang tinggi dalam masa sembilan hari itu amat merisaukan memandangkan varian berkenaan berbahaya dan cepat merebak.

"Varian ini sudah lama berada dalam komuniti kita dan jangkitannya terlalu cepat jika individu yang positif tidak mengambil langkah untuk kuarantin diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Zaini berkata, kes jangkitan varian Beta yang dikesan di negeri ini sehingga semalam adalah sebanyak 27 kes.

Katanya, keseluruhan jangkitan kes varian Delta dan Beta adalah sebanyak 197 kes dan setakat ini tiada kes yang membabitkan varian Omicron yang dilaporkan.

"Namun, semua penduduk diminta terus berhati-hati dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan varian baharu ini masuk ke negeri ini.

"Masyarakat juga dinasihatkan menjaga diri dan tidak terlalu selesa walaupun negeri ini sudah masuk ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

"Fasa Empat bukan tiket untuk kita bebas ke mana-mana saja dengan tidak mengikut SOP kerana jangkitan kes Covid-19 masih lagi tinggi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071888 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list