CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Kelantan] Penjara 3 tahun dera anak

[Copy link]
Post time 4-1-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera anak perempuan di Pasir Puteh, akhir bulan lalu.

Tertuduh, Wan Azlan Wan Ali, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya anak perempuan kandung berusia lapan tahun dengan cara memukul menggunakan kabel sehingga mendapat kecederaan.

Kejadian dilakukan di rumah di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, 1pagi pada 28 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


TERTUDUH (tengah) di Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera anak. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul mangsa yang juga anak bongsu disebabkan telefon bimbit milik tertuduh mengalami masalah teknikal.

Mangsa bersama adik beradiknya melarikan diri dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, untuk mendapatkan kakak mereka yang belajar di kolej di sini.

Kakak mangsa yang melihat kecederaan adiknya tampil membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan pada 5.20 pagi di rumahnya sehari selepas kejadian.

Terdahulu, Abu Arsalna memohon hukuman setimpal dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh yang sepatutnya melindungi anak-anak.

Tertuduh pula memohon hukuman dikurangkan memandangkan beliau sudah insaf dan tidak akan mengulanginya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman tiga tahun penjara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.386221 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list