Edited by tari at 8-1-2022 10:46 AM
PERLU bersedia dari segi masa, tenaga dan wang
SEBELUM ini, haiwan eksotik seperti ular, gecko, mengkarung amat jarang sekali dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.
Kebiasaannya, untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang sukar ditemui adalah sama ada di zoo atau di kedai haiwan.
Bagaimanapun, kini ramai mula menunjukkan minat terhadap haiwan eksotik dengan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan di rumah.
Keunikan haiwan ini menjadikannya sebagai pilihan biarpun kadang-kala perlu mengeluarkan belanja yang besar sama ada untuk memiliki dan penjagaannya.
Bagi sesetengah individu, memiliki haiwan ini memberi kepuasan kepada diri sendiri apabila memelihara haiwan yang unik berbanding haiwan lain.
Begitu juga dengan Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 24, yang mula meminati haiwan eksotik sejak enam tahun lalu.
Pada mulanya, dia mempunyai persepsi berbeza terhadap haiwan ini termasuk berbahaya dan sukar untuk menjaganya.
"Bagaimanapun selepas berpeluang menyentuh haiwan ini, baru saya sedar persepsi terhadapnya sebelum ini tidaklah seperti yang disangka.
"Sejak itu saya mula belajar mendalami mengenai haiwan ini dan menjadinya sebagai haiwan peliharaan di rumah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
|