CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Kelantan] Tanggung derita usus terkeluar jika banyak bergerak

[Copy link]
Post time 8-1-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Kerap mengalami sakit dalam perut dan sukar membuang air besar rupanya petanda menghidap kanser usus tahap empat.

Begitu dugaan dialami Ismail Mohd Yaacob, 52, dari Kampung Simpangan di sini, hingga menyebabkan kesihatannya terganggu dan pergerakan juga terhad.

Ismail berkata, walaupun perlu membawa beg stoma di perut, Ismail turut membantu isterinya Siti Norhidayu Mat Diah, 29, berniaga kecil-kecilan di bangsal di hadapan rumah mereka.

Menurutnya, sejak jatuh sakit, isterinya mengambilalih tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk membesarkan dua anak perempuannya yang masih kecil.

"Saya sebolehnya ingin bekerja walaupun kerja ringan, tapi setiap kali bergerak, usus akan terkeluar dan memenuhi beg stoma hingga perlu ditekan perlahan-lahan agar masuk semula ke dalam perut.

"Suami mana sanggup melihat isteri yang sepatutnya menguruskan kerja rumah terpaksa bekerja untuk menyara kami empat beranak," katanya yang sudah menghidap kanser usus itu sejak tiga tahun lalu.


ISMAIL bersama isterinya serta dua anak perempuan mereka di hadapan rumah mereka di Kampung Simpangan di sini. FOTO Siti Rohana Idris

Ismail yang sudah menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu bagaimanapun perlu menjalani pembedahan memasukkan semula ususnya.

Jika keadaan memuaskan, Ismail tidak memerlukan penggunaan beg stoma lagi.

Menurutnya, dia dimaklumkan sel kanser sudah menyerang ke bahagian hatinya sekali gus kelegaan yang dirasai seakan berkecai.

"Saya sudah berangan untuk kembali bekerja kerana anak sulung akan memulakan persekolahan Tahun Dua minggu depan manakala anak kedua pula sudah didaftarkan di tadika.

"Apabila dimaklumkan tahap kesihatan saya semakin lemah, tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa agar kembali sembuh walaupun agak mustahil," katanya.

Sementara itu, Siti Nurhidayu berkata, dia tiada masalah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Menurutnya, dengan pendapatan kasar RM40 sehari, dia perlu mencatu perbelanjaan selain suami turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Katanya, suaminya perlu meminum susu khas atas cadangan doktor tetapi kini tidak membelinya kerana kekangan kewangan.

"Apa yang penting sekarang adalah membina tandas di dalam rumah kerana tandas sumbangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berada di luar rumah dan menyukarkan suami untuk bergerak," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti Nurhidayu di talian 012-9545480.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047246 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list