CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Kelantan] Gagal seludup 50 kambing dari Thailand

[Copy link]
Post time 8-1-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode


Polis merampas 50 ekor kambing seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas pagi Sabtu.

PASIR MAS - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk 50 ekor kambing bernilai RM30,000 dari negara jiran di Jalan Repek-Lubok Jong di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dua lelaki berusia 22 dan 29 tahun itu ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan cegah jenayah.

"Semasa melakukan rondaan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah terserempak dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Repek-Lubok Jong," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Menurutnya, anggota bertugas terus mengekori dan berjaya memintas lori tersebut bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai 50 ekor kambing.

"Semasa ditahan kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan dokumen berkait dengan pemindahan haiwan ternakan tersebut.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, namun hasil saringan ujian air kencing mendapati mereka negatif dan bebas daripada pengaruh dadah," ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan awal kedua-duanya mengaku terlibat dengan aktiviti penyeludupan kambing dari negara jiran.

Katanya, kesemua haiwan ternakan itu telah diambil di kawasan tepi sungai Kampung Kubang Pak Hitam, Meranti untuk dihantar ke kandang yang terletak di belakang Taman Tengku Anis, Lubok Jong.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mbing-dari-Thailand
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056508 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list