CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Kelantan] Gagal seludup barangan kosmetik

[Copy link]
Post time 8-1-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Antara barangan yang dirampas oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Pengkalan Haram Kak Mah, di sini, hari ini. FOTO IHSAN PGA7

Rantau Panjang: Tindakan beberapa lelaki mahu menyeludup pelbagai barangan kosmetik dari negara jiran gagal apabila diserbu oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Pengkalan Haram Kak Mah, di sini, hari ini.

Dalam serbuan Op Benteng Covid pada 11.48 pagi itu, PGA7 berjaya merampas tiga barangan kosmetik yang bernilai RM7,397.

Pegawai Pemerintah PGA7 Superintendan Azhari Nusi berkata, sebelum serbuan, anggota Strike Force Kompeni C, PGA7 membuat rondaan kenderaan di sekitar kawasan Rantau Panjang.

Katanya, ketika rondaan di Pengkalan Haram Kak Mah, anggota nampak beberapa lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah perahu ke atas tebing sungai dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika pasukan bertugas menghampiri lokasi, didapati kesemua lelaki berkenaan melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak yang berisi pelbagai barangan kosmetik yang diletakkan di dalam kotak, botol dan paket," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bertugas kemudian merampas kesemua barang kes dan bawa ke Komtak PGA Rantau Panjang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 7 (1) (a) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Katanya, kesemua barangan yang dirampas dalam proses serahan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.113607 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list