CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 2

[Kelantan] Kakitangan KTMB digantung tugas

[Copy link]
Post time 9-1-2022 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangannya susulan kejadian kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris yang menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pagi ini.

KTMB menerusi kenyataan media berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian.

"Siasatan sudah dijalankan, KTMB mengesahkan kereta api Shuttle Timuran nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat jam 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

"KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian itu. Lebih kesal ia membabitkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini.

"KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terbabit dan kesal atas kejadian yang berlaku," katanya.

Terdahulu, keterujaan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 bertukar sebaliknya, apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris.

Situasi itu menyebabkan kesemua pelajar terbabit tidak dapat ke sekolah yang akhirnya pelajar itu kembali semula ke rumah masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 02:25 PM | Show all posts
Mamai ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 03:43 PM | Show all posts
sebelum start sekolah hari ni, keretapi berhenti tak kat stesen tu?

ke diorang x breti sepanjang sklh tutup, pahtu bila sekolah dah buka, x inagt nk stop ambik bebudak tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116546 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list