CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 1

[Kelantan] Harimau belang muncul belakang rumah

[Copy link]
Post time 9-1-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk orang asli di Kampung Bihai Lama melakukan kawalan di kawasan kediaman mereka bagi mengelakkan serangan harimau belang berulang.

GUA MUSANG - Kemunculan harimau belang di belakang rumah penduduk di Kampung Bihai Lama di sini, menyebabkan masyarakat orang asli di kawasan itu ketakutan.

Kehadiran harimau itu disedari oleh Nari Abus, 46, yang terserempak dengan haiwan berkenaan pada jam 6 petang, Sabtu.

"Harimau tersebut menghampiri rumah sehingga menyebabkan kami terpaksa lari dan mengurung diri dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, susulan kejadian itu penduduk terpaksa menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

Katanya, mereka kini menjalani perintah tersebut secara beramai-ramai di dalam lima buah rumah.

Dia berkata, bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati harimau itu menuju ke kawasan kebun.

"Sebelum ini terdapat tiga ekor harimau yang berkeliaran di kawasan kami, tetapi seekor harimau sudah mati selepas membaham seorang penduduk pada Jumaat lalu.

"Bagaimanapun masih terdapat dua ekor lagi yang belum ditangkap dan situasi itu menyebabkan kami sentiasa hidup dalam ketakutan," katanya.


Susulan kejadian serangan harimau penduduk orang asli di Kampung Bihai Lama, Gua Musang terpaksa menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

Pada Jumaat, seorang lelaki orang asli maut dibaham seekor harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Anek Along, 59.

Anek merupakan mangsa kedua pak belakang di sini selepas pada Julai lalu seorang lelaki orang asli, Adin Andok, 43, hampir maut akibat diserang haiwan liar tersebut.

Adin yang mengalami luka di bahagian lengan kanan dan kiri serta mata bertindak menetak harimau belang menggunakan golok bagi menyelamatkan diri selepas diterkam haiwan berkenaan dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ncul-belakang-rumah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 05:22 AM | Show all posts
semoga adik2 comel & family dilindungi Allah dari serangan harimau. Harimau tu maybe sesat atau habitatnya dah diganggu oleh pembalak2. Kalau ada ada yg mengganggu habitat kau, kau pegi la makan dorang tu semua, ajak kawan2 sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057702 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list