CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Terengganu] 8 kes penularan Omicron dikesan di Terengganu

[Copy link]
Post time 10-1-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

DR Kasemani ketika sidang media di IPK Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesan lapan kes positif varian Omicron dengan kes pertama direkodkan pada 15 Disember tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kesemua kes itu membabitkan jemaah yang pulang dari umrah.

Beliau berkata, ia membabitkan dua kes di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun manakala satu kes di Kuala Nerus serta Kemaman.

"Kes pertama varian ini direkodkan 15 Disember lalu membabitkan seorang jemaah wanita dari Kuala Nerus yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah (HSO).

"Mereka ini dikategorikan pesakit tahap 1 dan 2 dengan kesemua mereka sudah melengkapkan suntikan Covid-19.

"Kesemua kes ini tidak merebak dalam kalangan ahli keluarga atau komuniti memandangkan mereka terlebih dahulu menjalani kuarantin sebaik pulang daripada umrah," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Dr Kasemani berkata, setakat ini, kes harian positif Covid-19 di Terengganu menunjukkan penurunan sejak tiga hari lalu dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) berada pada bacaan 0.87 sehingga semalam.

Katanya, kes positif di Terengganu turut menunjukkan pengurangan apabila pendaftaran kes juga direkodkan berada di bawah 100 kes dalam tempoh tiga hari sehingga semalam.

"Dalam tempoh tiga minggu sebelum ini, kita agak risau dengan kemasukan kes ke hospital dan kematian yang agak tinggi di Terengganu.

"Tetapi dengan tindakan-tindakan yang diambil, kemasukan kes ke hospital dan kematian juga berkurangan

"Bagaimanapun, kita sekarang berada pada fasa yang mana ada peningkatan kes dalam kalangan umrah dan kes Omicron, namun ia masih terkawal," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046294 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list