CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Terengganu] Individu guna sijil vaksinasi palsu klinik di Marang diminta tampil

[Copy link]
Post time 11-1-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode

DOKTOR klinik swasta yang direman di Marang. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengesan individu-individu yang mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dari sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin.

"Mengenai tindakan terhadap doktor dan klinik berkenaan, kita masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil.

"Hasil siasatan mendapati klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu dan memohon dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

"Permohonan menjadi PPV diluluskan pada akhir Disember tahun lalu dan pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.270554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list