CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sabah] Kemaluan kanak-kanak tersepit di zip seluar

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:33 PM | Show all posts |Read mode


TERSEPIT: Pasukan bomba melakukan operasi membantu mangsa di Klinik Kesihatan Membakut di sini.

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kemaluannya tersepit di zip seluar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, punca kemaluan kanak-kanak itu tersepit bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Membakut sebelum pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.52 pagi berkenaan kejadian.

"Setiba di Klinik Kesihatan Membakut, bomba mendapati kemaluan mangsa berumur lapan tahun tersepit di bahagian zip seluar.

“Pasukan bomba kemudiannya memotong zip seluar terbabit dan melonggarkan bahagian yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan jam 10.50 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.368524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list