[Tempatan]
Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali dari pagi sampai malam di Bulatan Mahkota, di sini yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia.
KLUANG - Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, di sini yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, bagi penyakit terbabit.
Jelasnya, lelaki terbabit juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menerima rawatan penyakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada 2020 dan 2021.
"Pada jam 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Kenderaan terbabit berjaya dihentikan anggota polis kira-kira 10 minit kemudian.
"Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku. Siasatan dilakukan mendapati kereta Axia yang dipandu itu milik abang kepada lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Bahrin memaklumkan, pihak keluarga dinasihatkan tidak membenarkan lelaki terbabit keluar rumah tanpa ahli keluarga selain dilarang memandu kenderaan.
Sebelum ini, seorang pemandu Perodua Axia dikatakan memandu mengelilingi Bulatan Mahkota di Kluang, beratus kali bermula dari pagi hingga malam.
Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal' atau lampu isyarat
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 15-2-2025 08:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bebulu replied at 15-2-2025 05:58 PM
Dah kalau berpusing dari pagi sampai ke malam, idak ke rasa lapar atau nak ke tandas.
Kesian nya. A ...
dah nama pun mental chuols...lapa dahaga kencing berak sume tak igt dah. jenuh berpusing2 roundabout tu, kesian kereta pening
bahaya la biarkan org tak brp betul drive kereta ni. kes akak kat dungun (tp xdak oku card) pun tak stabil mental habis anak org kene langgar mati. kes abg kat kemaman bwk moto masuk pasar tani, mujur takdak org mati tp jd kes sedih plak.
fmly mmg kene cakna lebih la kalau ada org camni dlm fmly. mmg letih iols rasa nak jaga, serba tak kene. kurung kan langgar hak asasi manusia, lepas camni plak jadinya.
Post time 15-2-2025 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org tu dah mmg schizo, yg celakanya family dia lah.
Kunci kereta sorokkan la bangang. Kang terlanggar anak org, bapak org, mak org, Ujung2 kau mintak maaf je. Yg schizo dah mmg schizo.
Susah sgt, kau simpan kunci kereta dkt cikpet or ciknek ko. Family ko, ko lah jaga. Kesian dkt family orglain yg takde kena mengena dgn famili ko. Sorry not sorry.
Post time 15-2-2025 11:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Axia memang jimat oi
Aku terkejut dengar biras aku cerita dia sepnt Axia sebulan rm60 jerrrr hantar ambik anak sekolah dengan pergi kerja.
Aku punya rm60 tu tahan seminggu je
Dia bantai sebulan jerrrr