
TERBAKAR: Api marak memusnahkan rumah dua tingkat di Kampung Kilimu Ranau.
RANAU: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah didiami musnah terbakar di Kampung Kilimu di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata berkata kejadian seawal jam 6 pagi itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kecederaan kepada penghuni.
“Sepasukan anggota dari BBP Ranau digerakkan ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan pada jam 6 pagi.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka dari kawasan berhampiran,” katanya.
Menurutnya kebakaran dapat dikawal jam 6.12 pagi dan kejadian menyebabkan rumah dua tingkat jenis separuh kekal seluas 25X60 kaki persegi terbakar sebanyak 75 peratus.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes di dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.14 pagi.
utusanborneo.com.my/2022/01/12
|