CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari tekad tingkatkan ekonomi luar bandar

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif-inisiatif membantu rakyat yang dilaksanakan sebelum ini dan masa sama komited meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif-inisiatif itu akan diteruskan kerana ia ternyata memberi impak langsung kepada kepada rakyat dan kerajaan GPS.

“Apa yang kita dapat lihat, rakyat Sarawak telah memberi keyakinan kepada kerajaan di bawah GPS kerana mereka nampak kepimpinan kita menjaga negeri Sarawak, ia sebahagian kepercayaan rakyat untuk kita meneruskan usaha mempertahankan hak kita dalam Perlembagaan Malaysia dan IGC (Jawatankuasa Antara Kerajaan).

“Di samping itu, kita ada hala tuju untuk membangunkan rakyat. Dalam hal ini saya rasa kemenangan besar kita pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, disebabkan dasar yang telah kita usahakan umpamanya waktu kita berdepan pandemik COVID-19, dan sudah tentu ini akan kita teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini pada Ahad.

Majlis itu diadakan bagi memanjat kesyukuran atas kemenangan besar GPS pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) pada 18 Disember 2021.

Hadir sama isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Sabariah Putit, ADUN Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan dan Pengerusi PASBK Abdul Rahman Zainudin.

Abang Johari berkata sebagai tambahan kepada bantuan sedia ada kepada rakyat, bermula tahun ini kerajaan memperkenalkan Skim Bantuan Deposit Perumahan berjumlah RM10,000 kepada golongan B40 dan M40 bagi memiliki rumah pertama.

Beliau berkata bantuan itu akan memastikan semua rakyat negeri ini dapat memiliki rumah pertama mereka lebih awal.

“Ini bagi rumah yang berharga RM350,000 ke bawah. Kita akan memberi deposit RM10,000 kemudian pinjaman perumahan menerusi Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd.

Bantuan ini diberikan tidak kira sama ada membeli rumah dibangunkan kerajaan mahupun swasta,” jelasnya sambil menambah bagi tujuan itu kerajaan negeri telah memperuntukan RM10 juta.

Mengenai usaha merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar negeri ini, Abang Johari berkata ia akan dimulakan dengan pembangunan kawasan Simunjan Gedong kemudian ke Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau dan seterusnya Lingga.

“Sebab kita ada jalan pesisir yang dibangunkan, sudah tentu dengan pembinaan jalan penghubung ini, kita dapat membuka sektor-sektor pertanian termasuk perkhidmatan pelancongan untuk orang kita di luar bandar.

“Insya-Allah Gedong dan Satok tidak akan jauh lagi, lebih kurang 40

minit sahaja perjalanan apabila jalan baharu yang dibina dari Gedong dan Simunjan ke Sadong Jaya, Asajaya, Samarahan dan Kuching.

“Jadi ini akan kita laksanakan kerana apa yang penting ialah kita membuka kawasan pertanian baharu,” katanya sambil menambah ketika ini kerja-kerja pembinaan benteng pantai di Kampung Sebangan dan Sebuyau sedang dilakukan bagi menghalang air masin memasuki kawasan pertanian di situ.

Beliau memberitahu projek yang bernilai RM400 juta itu akan memastikan kawasan berkenaan pengeluar hasil tani yang boleh dieksport antaranya kelapa.

“Kita akan membangunkan kawasan luar bandar kerana ia akan meningkatkan kegiatan ekonomi kita dan rakyat. Insya-Allah seluruh darat akan kita bangunkan termasuk kawasan pertengan Sarawak seperti Mukah serta Daro.

“Jadi seluruh kawasan kita ini dan Sarawak akan menjadi negeri maju berpendapatan tinggi pada 2030. Apa yang penting ialah kerajaan kita terus kukuh dan politik kita terus stabil. Kita berdoa agar kesihatan kita semua baik dan mempunyai fikiran waras untuk terus membangunkan negeri dan rakyat,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065796 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list