CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31235|Reply: 9

Dah 20 tahun tak rakam lagu, Ashira buat comeback!

[Copy link]
Post time 19-2-2025 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 20 tahun tidak merakamkan lagu, penyanyi Ashira akhirnya kembali ke studio dan bakal muncul dengan sebuah karya baharu dijangka dilancarkan pada April depan.

Bukan sekadar mengubat rindu peminat, Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 42, berkata kemunculannya ini juga bagaikan permulaan baharu dalam kerjaya seni.



"Selepas saya keluar program Gegar Vaganza 7, ramai yang mula bertanya tentang lagu baru. Malah sehingga hari ini pun ada lagi yang mengharap saya rakam lagu.

"Pastinya saya teruja sebab lagu ini saya tujukan buat peminat. Lebih kepada penghargaan orang-orang yang percaya untuk saya bangkit.

"Dalam masa masa karya kali ini juga merupakan kolaborasi bersama bakat muda. Jadi ini mungkin rezeki mereka untuk lebih menyerlah," katanya kepada mStar.

Kali terakhir Ashira merakamkan lagu sebelum ini adalah menerusi lagu Selamanya Tak Akan Berakhir pada tahun 2002.

Dia kemudian dilihat sedikit memperlahankan penglibatan di arus perdana dan lebih memberi fokus kepada pekerjaan sebagai penyanyi secara jemputan.

  


Selepas namanya kembali menyerlah di pentas GV7, Ashira sekali lagi memaklumkan enggan mendapatkan liputan kerana lebih selesa untuk tidak aktif dalam dunia seni.

"Selepas GV7 saya ada terima beberapa tawaran, namun sekadar cakap atas angin. Saya pun tidak amhu terlalu bertanya dan diamkan sahaja.

"Saya tidak rancang untuk buat comeback. Cuma kita lihat sahaja bagaimana sambutan lagu ini nanti. Jika diterima ramai saya akan terus menyanyi.

"Mungkin ini permulaan baru atau yang terakhir dari saya," ujarnya.

  


Lagu baharunya nanti merupakan ciptaan sepenuhnya Ana Boang dan tajuk akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bercakap lanjut penyanyi ini juga mengakui gementar menunggu maklum balas peminat terutama bagi mereka yang mungkin sudah lupa kewujudannya sebagai penyanyi.

  


"Mungkin lagu ini boleh bawa saya lebih bersinar. Menyanyi adalah sebahagian hidup saya, jadi mengapa perlu putus asa jika masih ada percaya?

"Selama ini putus asa mungkin sebab saya tak percaya pada diri sendiri," luahnya.

  


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurla. Sekarang banyak post gmbr dgn anak. Bercuti pun dengan anak.. heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik aku baca dulu setiap caption sheol sebelum komen
Kalau tidak, mau aku komen, aikkk dah kapel ngan pengkid ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:04 PM | Show all posts
aritu follow je ig dia.. tp sjak kapel dgn pemuzik tu she  bgtau taknak terlibat lagi dengan dunia hiburan. meols pun terus unfollow sbb rasa tak selesa juga versi ashira pada waktu tu..

tak sangka lak arini baca sheols nak buat lagu baru balik....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pernah kata nak bersara dari dunia hiburan ke? Tapi aktif je menyanyi kt club as periuk nasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
2 kali aiol terkezut malam2 ni
1. Itu anak dia rupanya
2. Hengatkan pompuann
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm dah putus dgn bf yg haritu.. xde dah upload gambar sama2.. iols suka vokal ashira especially utk lagu2 ballad 90s adnan abu hassan, azmeer... blh tahan la merdunya.. hrp lagu baru ni best la
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-2-2025 10:07 PM
Bukan pernah kata nak bersara dari dunia hiburan ke? Tapi aktif je menyanyi kt club as periuk nasi

Sheols nyanyi kat club mana?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 12:05 AM | Show all posts
ye ke ramai yg bertanya ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-2-2025 12:01 AM
Sheols nyanyi kat club mana?

Tom dick & harry oasis damansara antaranya. Boleh tgk kt ig sheols ashiraaziz public jah ig pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055117 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list