View: 505|Reply: 5
|
[Sarawak]
Lima lelaki didenda RM1,000 kerana judi sabung ayam
[Copy link]
|
|

MIRI: Lima lelaki masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan terlibat kegiatan sabung ayam haram.
Desmond Libau, 47, Mohamad Taufiq Abdullah, 44, Penny Empili, 40, Benedict William, 34, dan Banseng Jantan, 50, masing-masing dari Bandar Baru Permyjaya, Desa Senadin dan Tudan didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952 dan dihukum di bawah Peraturan 5 (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Menurut keterangan kes, kelima-lima tertuduh didapati telah terlibat dalam satu kegiatan sabung ayam yang dianjurkan secara haram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 9 Januari lalu di sebuah kawasan tanah lapang di Tudan Desaras 6 di sini.
Hasil siasatan lanjut polis mendedahkan bahawa kegiatan sabung ayam itu dianjurkan oleh tertuduh kelima tanpa mempunyai permit atau lesen yang sah.
Di hadapan mahkamah, kesemua tertuduh merayu agar hukuman ke atas mereka diringankan.
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.
Manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.
utusanborneo.com.my/2022/01/24
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 2022 masih sabung ayam lagi hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
haha kan?
drpd menyiksa ayam
|
|
|
|
|
|
|
|
betulll
geng sabung ayam ni.. bkn geng2 yg suka main handphone
so tu jerlah aktiviti dorang
org sini cakap.. ada yang sanggup bertaruh ribuan dan rantai emas
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|