CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Sarawak] JPBN setuju tambah baik SOP Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 24-1-2022 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-1-2022 03:19 PM



KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah meluluskan penambahbaikan ke atas prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Menurut JPBN, pihaknya juga telah memutuskan bahawa aktiviti Tarian Singa adalah dibenarkan dengan berpandukan syarat-syarat yang digariskan di dalam SOP tersebut.

“SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak tujuh kes jangkitan baharu positif Covid-19 dicatatkan hari ini dengan tiada kes kematian baharu direkodkan.

Ujarnya, kesemua tujuh kes itu adalah daripada Kategori 1 dan 2.

“Daerah Subis mencatatkan tiga kes, diikuti Kuching (2), manakala Miri dan Sarikei masing-masing dengan satu kes,” tambahnya.

Sementara, tiada kes kematian baharu direkodkan hari ini dan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.


sarawakvoice.com/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.229167 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list