
KENANGAN: Pengunjung yang merakamkan gambar kenangan bersama dewa kekayaan selepas menerima 12gram Wanfa My Fish Chip.
KOTA KINABALU: Sempena dengan Tahun Baharu Cina 2022 Kinetic Food Trading Sdn Bhd akan mempromosikan produk Wanfa My Fish Chip secara percuma kepada orang ramai.
Promosi bermula dari 22 Januari lalu sehingga 31 Januari 2022, yang mana dewa kekayaan akan mengedarkan 12gram Wanfa My Fish Chip secara percuma.
Promosi itu akan dijalankan di 16 premis terpilih di sekitar Kota Kinabalu, antaranya di Servay Likas, Bataras ITCC, Servay Centre Point, Bataras Gaya Street, CKS 88 Market dan banyak lagi.
SERAH: Dewa kekayaan sedang menyerahkan 12gram Wanfa My Fish Chip kepada seorang kanak-kanak.
Waktu promosi dijalankan adalah bermula jam 6.30 petang sehingga 7.30 petang.
Bagaimanapun, waktu promosi bagi CKS 88 Market dan Servay Penampang adalah masing-masing 12 tengahari sehingga 1 petang dan 2 petang sehingga 3 petang.
utusanborneo.com.my/2022/01/25 |