View: 1641|Reply: 2
|
Redmi Note 11S Dilancarkan
[Copy link]
|
|
Redmi Note 11S Dilancarkan – Skrin AMOLED 90Hz, MediaTek Helio G96, Kamera 108MP
Diterbitkan pada 26 Jan 2022. oleh Amy Maizuraa.
Rangkaian peranti pintar baharu oleh Redmi hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Redmi 11S. Seperti adik-beradiknya yang lain, peranti pintar ini juga tidak kurang hebatnya dalam menawarkan spesifikasi menarik buat para pengguna.
Melaluinya, peranti ini hadir dengan skrin sejenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ianya berukuran 6.43-inci yang menyokong resolusi FHD+. Seterusnya, peranti turut dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96 dengan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB (UFS 2.2).
Turut melengkapinya, kamera utama dengan tetapan 108MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Selain daripada itu, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W turut disertakan.
Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem audio stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi, NFC, IR Blaster dan sebagainya. Terdapat beberapa warna yang disediakan seperti Graphite Gray, Twillight Blue dan Pearl White.
Harga jualan bermula $249 (~RM1044), (6GB/64GB), $279 (6GB/128GB) dan $299 (~RM1,253) (8GB/128GB). Peranti ini juga bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tetapi maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan datang. Sama-sama kita nantikan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Soya Cincau BM
4 varian siri Redmi Note 11 diumum dengan pelbagai spesifikasi dan paras harga
Hanif Azrai 1 hour ago
Xiaomi sekali lagi kembali untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam segmen pertengahan. Dulu, kita ada raja telefon bajet siri Redmi Note 10, kini kita ada Redmi Note 11 dan ada 4 varian semuanya.
Harga siri Redmi Note 11 untuk pasaran A.S
Setakat ini, kita cuma ada harga siri Redmi Note 11 untuk pasaran luar sahaja. Tapi semestinya telefon-telefon ini akan masuki Malaysia, cumanya varian mana dan konfigurasi RAM/storan yang mana masih menjadi persoalan. Berikut adalah harga-harga yang diumumkan.
Redmi Note 11
RAM 4GB, storan 64GB – USD179 (~RM750)
RAM 4GB, storan 128GB – USD199 (~RM834)
RAM 6GB, storan 128GB – USD229 (~RM960)
Redmi Note 11S
RAM 6GB, storan 64GB – USD249 (~RM1,044)
RAM 6GB, storan 128GB – USD279 (~RM1,169)
RAM 8GB, storan 128GB – USD299 (~RM1,253)
Redmi Note 11 Pro
RAM 6GB, storan 64GB – USD299 (~RM1,253)
RAM 6GB, storan 128GB – USD329 (~RM1,379)
RAM 8GB, storan 128GB – USD349 (~RM1,463)
Redmi Note 11 Pro 5G
RAM 6GB, storan 64GB – USD329 (~RM1,379)
RAM 6GB, storan 128GB – USD349 (~RM1,463)
RAM 8GB, storan 128GB – USD379 (~RM1,589) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siri Redmi Note 11 setanding peranti mercu
Oleh MOHAMMAD ASYRAF KHALIB
27 Januari 2022, 12:02 pm
JENAMA peneraju teknologi global, Xiaomi mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri peranti mercu iaitu siri Redmi Note 11.
Hadir dengan empat peranti baharu iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, siri ini mempunyai ciri yang dipertingkat pada sistem kamera, kelajuan pengecasan, paparan dan SoC sekali gus menjadikan prestasinya seakan telefon pintar mercu.
Kamera dengan hasil terbaik
Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S sekali lagi menampilkan penderia utama 108MP bagi meningkatkan pengalaman pengguna mengabadikan dan berkongsi detik manis dalam resolusi tinggi dengan butiran sebenar menerusi kamera utama.
Dengan penderia Samsung HM2 bersaiz 1/1.52 inci, kamera utama dapat memanfaatkan teknologi piksel 9-dalam-1 serta dwi ISO bagi mendapatkan imej yang terbaik walaupun dalam cahaya malap.
Kamera hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula menampilkan kamera 16MP yang boleh menangkap swafoto dengan jelas dan tampak semula jadi.
Kadar penyegaran sehingga 120Hz
Menawarkan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar sentuhan sehingga 360Hz, siri Redmi Note 11 bakal menjadikan pengalaman skrin pengguna lebih lancar dan bebas ‘lag’, sambil turut mendapatkan sentuhan jari yang lebih tepat.
Dengan saiz skrin 6.67 dan 6.43 inci, siri ini dilengkapi dengan FHD+ AMOLED DotDisplay yang menampilkan DCI-P3 gamut, memberikan warna dan perincian yang lebih terang serta kejelasan skrin yang mencapai sehingga 12000 nits walaupun pada siang hari.
Peranti dengan paparan terbaik ini turut hadir dalam reka bentuk yang bergaya dan mempunyai pembesar suara dwi super linear pada bahagian atas dan bawah menjadikan siri Redmi Note 11 sebagai peranti dengan pengalaman hiburan dan bunyi stereo yang mengasyikkan sesuai untuk permainan mudah alih atau menonton video.
Prestasi pantas, berkuasa
Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan pemproses Snapdragon®️ 695 menawarkan sambungan 5G dan prestasi hebat dengan adanya teknologi 6nm dan kelajuan jam sehingga 2.2 GHz.
Peranti Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula hadir dengan pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju sehingga 8GB RAM.
Sementara itu, Redmi Note 11 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon®️ 680 yang dibina menggunakan proses 6nm bagi memberikan prestasi unggul serta memulihara kuasa.
Lebih menarik, keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh serta keupayaan pengecasan turbo 67W pada Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro yang mengambil masa hanya 15 minit untuk mengecas 50 peratus bateri*.
Bagi Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, kedua-dua peranti ini menampilkan 33W Pro pengecasan pantas yang membolehkan pengguna mengecas sehingga 100 peratus dalam masa sejam.
Untuk pengalaman lebih mengujakan, jangan lupa menyaksikan pelancaran eksklusif siri Redmi Note 11 Malaysia pada 10 Februari 2022, jam 11.00 pagi secara langsung menerusi Facebook Xiaomi.
*Data daripada Xiaomi Labs. Keputusan sebenar mungkin berbeza.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|