View: 4084|Reply: 2
|
Tempahan Genting Skyworlds dibuka pada 4 Februari
[Copy link]
|
|
Tempahan Genting Skyworlds dibuka pada 4 Februari
GENTING Skyworlds bakal menjadi tarikan baharu pelancongan.
Kuala Lumpur: Taman tema Asia Tenggara yang paling dinanti-nantikan bakal dibuka pada 8 Februari 2022 dengan tiket dijual melalui laman web dan aplikasi Genting SkyWorlds bermula jam 10 pagi pada 4 Februari ini.
Sempena pembukaan prapelancaran ini, Genting SkyWorlds akan menawarkan diskaun 20 peratus ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022.
Harga tiket ditawarkan sempena prapelancaran adalah RM128 untuk kanak-kanak dan RM151 (dewasa).
Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menunjukkan taman tema yang dikendalikan kepada dunia.
"Dibina dengan nilai pelaburan melebihi AS$800 juta, tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia.
"Pembukaan taman tema ini akan menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan," katanya.
Menurutnya, selepas membeli tiket secara dalam talian, pengunjung digalakkan memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Katanya, aplikasi ini bukan saja memberi panduankomprehensif dengan maklumat masa nyata berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia membolehkan pengunjung mengemudi dan melawat taman secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dahulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka.
Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah, masa menunggu akan dipaparkan di aplikasi dan pengunjung boleh merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih.
"Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), satu ciri pintar yang mampu mengurangkan masa menunggu yang lama dalam barisan fizikal dengan memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti pilihan mereka mengikut masa yang dipilih sendiri.
"Pemegang tiket berkumpulan juga boleh masuk secara berkumpulan sekiranya mereka menggunakan aplikasi Genting SkyWorlds VQ.
"Aplikasi ini turut membolehkan pemegang tiket melihat cadangan aktiviti berdasarkan pilihan peribadi mereka, dan menerima notifikasi secara masa nyata untuk tempahan tarikan, ketersediaan, dan hiburan menarik," katanya.
Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan 'dunia' yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia.
https://www.hmetro.com.my/bisnes ... uka-pada-4-februari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Last year bulan 7 pi Genting x sempat nak layan game so x berbaloi beli tiket
Nt nak pi nak beli |
|
|
|
|
|
|
| |
|