CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Sarawak] Pemilihan Sarawak untuk pelan pengembangan LONGi bukti keyakinan pelabur

[Copy link]
Post time 11-2-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode


LONGi Kuching yang memulakan operasinya pada 2016 memilih Sarawak untuk pelan pengembangannya yang bernilai RM1.789 bilion.

KUCHING: Pemilihan Sarawak untuk pelan pengembangan LONGi bernilai RM1.789 bilion membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menghargai pemilihan Sarawak berbanding Vietnam oleh LONGi berkata, ia turut mencerminkan keyakinan penuh mereka terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

“Pelaburan daripada LONGi dan syarikat multinasional lain di Sarawak telah mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta kesan pengganda positif yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan,” katanya menerusi kenyataan daripada LONGi, hari ini.

Terdahulu, Awang Tengah diberi taklimat mengenai pelan pelaburan baharu LONGi Kuching bernilai RM1.789 bilion oleh Ketua Pegawai Eksekutif LONGi Kuching Sdn Bhd Ngieng Sii Jing.

Beliau memberi jaminan kepada LONGi bahawa kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelaburan baharu itu nanti.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan serta Menteri Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua turut dimaklumkan tentang pengembangan kemudahan pembuatan jongkong, wafer dan sel di Sama Jaya.

Sementara itu, Ngieng berkata, apabila pelan pengembangan tersebut siap pada suku ketiga tahun ini, LONGi akan memerlukan tambahan 1,730 pekerja.

“Pada masa ini, LONGi mempunyai tenaga kerja seramai 2,959 pekerja, di mana 99 peratus adalah warga tempatan Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan sama.

LONGi merupakan salah satu pemain solar global terkemuka dari China.

Dengan pengembangan itu, Ngieng berkata, LONGi Kuching akan menjadi pengeluar jongkong solar, wafer dan sel terbesar di Malaysia.

Tambah beliau, aktiviti pembuatan berteknologi tinggi terbabit adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) Sarawak 2030.

LONGi Kuching memulakan operasinya pada 2016 dan sejak itu telah melabur RM2.1 bilion di Sarawak.

Turut hadir Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Dzulkornain Masron, Pegawai Fungsi Khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datu Liaw Soon Eng.


utusanborneo.com.my/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list