“Ellie tak perlu influencer naikkan nama dia, nama Ellie dalam industri sangat besar.
“Cuma zaman kami semua naik dahulu belum ada media sosial,” jelasnya.
Malah Rita sempat menitipkan pesanan agar seorang manusia itu jangan rasa diri terlalu hebat walaupun mempunyai wang mahupun pendidikan tinggi.
Sebaliknya seseorang itu perlu menitikberatkan soal adab dalam kehidupan.
“Kaya dan belajar tinggi macam mana pun kita tapi kalau adab itu tiada, jangan rasa diri itu hebat,” ujarnya.
Pada Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap mencemarkan namanya.
Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya untuk memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.
Imran tampil memberi respons dengan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf dan bersikap acuh tidak acuh dalam video dihasilkan di TikTok miliknya.
Bagaimanapun, pelakon itu tegas dengan pendiriannya dan sanggup datang ke hospital untuk berjumpa dengan ibu kepada Imran.
Sumber: mStar