Edited by Vellfire at 11-2-2022 08:25 AM

BANTU: Pasukan MOSAR menyiapkan pengusung bagi membawa mangsa turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) membantu seorang pendaki wanita yang meracau semasa berada di Kilometer 4 Gunung Kinabalu di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 7 malam itu membabitkan mangsa berumur 50-an.
“Panggilan kecemasan diterima jam 7 malam sebelum sepasukan anggota MOSAR digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.
“Pasukan MOSAR kemudiannya membawa mangsa turun ke Timpohon Gate memggunakan pengusung,” katanya.
Menurutnya mangsa yang berada dalam keadaan selamat diserahkan kepada keluarganya untuk dibawa ke rumah penginapan.
Tambahnya operasi ditamatkan jam 1.20 pagi kemudian.
utusanborneo.com.my/2022/02/11 |