Edited by Vellfire at 11-2-2022 08:29 AM

LAHAD DATU; 11 FEBRUARI 2022 (Jumaat) : Pemandu Lori maut manakala seorang kelindan lori mengalami cedera parah selepas lori yang dipandu terbabas di bahu jalan berhampiran Ladang Kelapa Sawit Begahak, Lahad Datu, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, mangsa, 44-tahun yang tersepit pada lori tanker itu dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.
Katanya, sementara itu, seorang Kelindan lori yang mengalami cedera parah menerima rawatan awal daripada anggota bomba sebelum dihantar ke hospital berkenaan.
Terdahulu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 11-pagi.
Kerja-kerja menyelamat dan pembersihan minyak diesel selesai dijalankan kira-kira pukul 12.24-tengahari.
SumbeR: BESTAWAUfm sabahpost.net/2022/02/11 |