View: 522|Reply: 0
|
Bella jadi inspirasi di TikTok
[Copy link]
|
|
BELLA Thomson kini menjadi bintang TikTok selepas ramai yang terinspirasi dengan kecekalannya. FOTO PA Real Life
London: Bella Thomson berusia lapan tahun namun budak perempuan ini kelihatan 'muda' kerana penyakit hipoplasia rambut rawan (cartilage hair hypoplasia).
Pengesanan yang dibuat terhadap penyakit ini disebabkan dua keadaan genetik yang lain.
Bella menjalani pembedahan lebih daripada kebanyakan yang dilakukan ketika hayat seseorang.
Kanak-kanak perempuan ini sudah menjalani beberapa pembedahan sebelum dia meraikan ulang tahun pertama kelahirannya dan menghabiskan bertahun dengan tinggal di hospital.
Dia juga terpaksa tidur dalam keadaan dicucuk tiub kerana hanya itu cara yang membolehkannya makan dan menerima vitamin.
Di sebalik ujian terpaksa ditempuh, Bella seorang kanak-kanak yang positif dan berjiwa besar menjadikan dia kini seorang daripada bintang TikTok.
Video inspirasinya mendapat tontonan menjadikan akaun media sosialnya diikuti 4.5 juta pengikut serta mendapat 96 juta tanda suka.
Ibunya, Kyla Thompson, 38, dan bapa,Lyle, 35, berbangga dengan anak sulung mereka apabila video kanak-kanak itu melukis mendapat 29 juta tontonan di TikTok.
"TikTok menjadi platform kami sekeluarga berkongsi kegembiraan," kata guru sekolah rendah di Kanada.
Apa yang membuat Bella terkenal dan disayangi adalah sikapnya yang berani walaupun masih perlu menjalani pelbagai rawatan.
Populariti anak perempuannya itu membolehkan orang ramai memahami konsep 'keluarga perubatan'.
"Sebab utama saya berkongsi video ini adalah untuk mendidik orang ramai mengenai apa yang sedang kami lalui.
"Masyarakat akan berkata sesuatu yang pedih dan menyakitkan kerana mereka tidak mengetahui mengenai sesuatu perkara," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|