Edited by Vellfire at 14-2-2022 06:02 AM


KEMALANGAN: Kenderaan yang dinaiki mangsa terbalik akibat dari kemalangan itu.
KENINGAU: Seramai 10 individu terselamat selepas berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan.
Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7 malam tadi di Kampung Barasanon Jalan Sook-Keningau di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurutnya, selepas kemalangan itu, kesemua mangsa bertindak keluar sendiri dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.
"Mereka berjaya keluar dari kenderaan terbabit sebelum ketibaan jentera bomba di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun jelasnya, mangsa yang terlibat enggan dihantar ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Sehubungan itu katanya, pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi terbabit sebelum menamatkan operasi pada jam 8.31 malam.
utusanborneo.com.my/2022/02/14
|