
Mangsa ditemui dalam keadaan baik oleh anggota bomba.
KUCHING: Empat sekeluarga yang dikhuatiri sesat dalam hutan semasa melakukan ‘jungle trekking’ di Kem Permai berhampiran kawasan Kampung Budaya Sarawak (SCV) ditemui selamat pada Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.15 petang semalam dan menghantar anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa berusia antara 22 hingga 55 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan melakukan aktiviti merentas hutan dan gagal mencari jalan keluar. “Bomba tiba di lokasi dan meneruskan operasi mencari sehingga kesemua mangsa ditemui selamat.
“Anggota bomba membantu mereka keluar dari laluan hutan sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah.
“Mangsa yang keletihan bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan baik,” jelasnya.
utusanborneo.com.my/2022/02/14 |