CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 7

[Sarawak] Memiliki rumah idaman di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-2-2022 11:16 AM



JIKA ditanya semua orang, termasuk golongan muda, selain daripada kereta, memiliki rumah sendiri merupakan satu daripada impian utama mereka.

Bagi yang kaya dan berpendapatan tinggi, mereka mahu memiliki rumah agam dan mewah.

Rumah idaman bagi saya rumah yang memiliki reka bentuk menarik, kemas, berkualiti tinggi, agam, mewah, dengan hiasan dalaman yang sedap dipandang mata, serta diisi dengan perabot yang berkelas tinggi.

Rumah idaman itu terletak di kawasan yang indah, kemas, teratur dan selamat, tidak sesak, serta terelak daripada bencana alam termasuk banjir.

Lokasi dan kawasan rumah juga penting.

Semakin strategik lokasi dan kawasannya semakin baik dan mahal harganya.

Lokasi yang baik terletak di kawasan yang mempunyai segala kemudahan, termasuk hospital, klinik, sekolah, universiti, kompleks beli-belah, lapangan terbang dan sebagainya.

Juga tidak terletak di kawasan yang sesak jalan rayanya, keadaan kawasannya selamat dan tidak berisiko diancam banjir dan tanah runtuh.

Selain itu, potensi dari segi pembangunan di kawasan itu juga memberi kesan terhadap nilai hartanah berkenaan. Rumah dapat dikatakan satu daripada lambang kejayaan seseorang.

Lagi besar dan mewah rumah yang mampu dibeli dan dimiliki, lagi bagus.

Lokasi dan kawasan rumah yang didiami memberi gambaran status seseorang.

Lokasi kediaman turut menentukan harga rumah dan prestij pemiliknya. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Sebab, rumah bukan sahaja sebagai satu lambang prestij, tetapi tempat berlindung daripada hujan dan panas.

Bagi sesetengah orang, rumah sebagai hartanah merupakan satu daripada inisiatif pelaburan. Membeli rumah ialah satu pelaburan penting, kerana lazimnya harga rumah tidak pernah turun.

Nilai rumah akan sentiasa naik sama seperti nilai hartanah.

Misalnya harga tanah seekar di Kota Samarahan pada awal 1990-an adalah sekitar RM3,000 hingga RM6,000 sahaja. Tetapi kini harga seekar tanah di kawasan terbabit adalah antara RM250,000 hingga lebih RM1 juta, bergantung kepada lokasi.

Harga rumah teres dua tingkat pada ketika itu hanya sekitar RM170,000.

Sekitar tujuh tahun lalu, harga rumah teres dua tingkat di Kota Samarahan hanya sekitar RM300,00, tetapi kini ada yang mencecah sehingga RM500,000 hingga RM1 juta. Dua minggu lepas saya membuat tinjauan di Kota Samarahan.

Saya perhatikan ada beberapa projek sedang dalam proses pembinaan di kawasan berkenaan.

Saya menghubungi nombor yang tertera di papan iklan. Pemaju terbabit memberitahu saya rumah teres dua tingkat itu berharga RM570,000, sambil menekankan, setahun lalu harga rumah teres yang serupa di kawasan itu hanya RM470,000.

Maksudnya, dalam sekitar setahun, harganya naik sebanyak RM100,000.

Bayangkan!

Saya kongsikan pengalaman ini bagi memberi gambaran bahawa hartanah – tanah atau rumah dan rumah kedai – adalah sesuatu yang sentiasa naik nilai dan harganya. Maka, memang berbaloi untuk dibeli. Rumah adalah sebagai aset masa depan.

Satu daripada keutamaan anak muda selepas bekerja adalah membeli rumah, dan ini pastinya keutamaan yang betul.

Ada yang menunggu pendapatan atau gaji untuk naik sebelum membeli rumah.

Hakikatnya, kenaikan harga rumah tidak bersekadar dengan peningkatan gaji. Kajian Institut Penyelidikan Khazanah menyatakan harga rumah di negara ini adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Percayalah, harga tanah, bahan pembinaan dan gaji buruh pasti akan naik setiap tahun.

Implikasinya, harga rumah akan turut naik, dan tidak akan turun mendadak berbanding nilai kereta.

Bagi mereka yang bukan dalam bidang hartanah dan pelaburan, kenaikan nilai berkenaan mungkin tidak masuk akal.

Tidak ada orang yang percaya begitu dahsyat peningkatan nilai dan harganya.

Hal ini wajar, kerana permintaan terhadap rumah sentiasa ada, malah kadang-kadang melebihi penawaran, lebih-lebih lagi rumah mampu milik.

Seyogia diingatkan, nilai hartanah meningkat saban tahun. Peningkatan di pasaran

sekunder adalah antara 5 hingga 15 peratus setahun atau lebih tinggi, bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jenis dan kualiti rumah serta lokasi. Golongan muda sentiasa berusaha untuk memiliki rumah sendiri.

Namun, impian mereka untuk membeli rumah sering tidak kesampaian disebabkan masalah untuk membayar deposit atau mendapat pinjaman daripada bank.

Antara cabaran dihadapi pembeli rumah pertama ialah harga rumah  tak sepadan dengan gaji, kadar faedah tinggi, kos sara hidup tinggi, serta proses pembelian dan pinjaman rumit.

Bukan senang untuk mendapatkan deposit atau pinjaman membeli rumah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain syarat yang ketat, proses permohonan pinjaman perumahan agak rumit.

Sememangnya semakin ramai yang berminat membeli rumah, tetapi gagal mendapatkan
pinjaman.

Kelihatannya Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg faham akan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini termasuk anak muda dan mereka

daripada kalangan B40 dan M40.

Justeru, inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini melancarkan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) dapat disifatkan sebagai pragmatik dan prihatin akan nasib

golongan terbabiti.

Melalui skim khas itu Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan deposit sebanyak 10 peratus ataumaksimum RM10,000 untuk deposit pembelian rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama.

Tidak ada mana-mana negeri lain di negara ini yang melaksanakan skim sedemikian.

Ya, ini ialah skim seumpamanya yang julung kali diperkenalkan di negara ini untuk membantu rakyat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.

HDAS akan diurus oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (Mutiara Mortgage) sebagai salah satu platform untuk meluaskan akses pembiayaan perumahan mampu
milik kepada rakyat Sarawak.

Bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Sarawak tentu amat melegakan golongan terbabit yang selama ini berdepan kesukaran mendapatkan deposit atau pinjaman daripada bank.

Untuk mengumpul wang sebanyak RM10,000 bukannya mudah bagi sesetengah orang terutama bagi golongan B40. Belum pasti ada yang dapat mengumpulkan jumlah itu dalam tempoh lima tahun bekerja.

Yang menarik wang deposit yang disalurkan kerajaan itu tidak perlu dibayar balik. Inisiatif berkenaan pasti mendapat respons positif daripada rakyat Sarawak.

Setiap orang berhak untuk memiliki rumah idaman dan impian mereka. Rumah ialah keperluan asas manusia. Mahu atau tidak, perlu diakui, kita perlu berusaha memiliki rumah sendiri dan bukannya menyewa sepanjang hayat.

Rumah bukan sekadar tempat berlindung daripada panas dan hujan, tetapi ialah harga diri pemiliknya.


• Dr Jeniri Amir ialah Felow Kanan Majlis Profesor Negara.


sarawakvoice.com/2022/02/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 08:08 PM | Show all posts
rumah teres rm500k still worth it..i bought Appartment in JB..RM500k...huhuhuhuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2022 09:37 PM | Show all posts
mandear11 replied at 14-2-2022 12:08 PM
rumah teres rm500k still worth it..i bought Appartment in JB..RM500k...huhuhuhuh

paling murah pun rumah perumahan dalam 300K
tapi itulah susah nak dapat..
rumah yg mcm ni bagi kat yang berpendapatan 3k ke bawah

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 04:30 AM | Show all posts
Vellfire replied at 14-2-2022 09:37 PM
paling murah pun rumah perumahan dalam 300K
tapi itulah susah nak dapat..
rumah yg mcm ni bagi ka ...

di sana ada juga kan..kalau ada TANAH sendiri..u can take loan..bina rumah...government tolong kalau tak silap..murah interest rate dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 07:37 AM | Show all posts
mandear11 replied at 14-2-2022 08:30 PM
di sana ada juga kan..kalau ada TANAH sendiri..u can take loan..bina rumah...government tolong kal ...

yang ada sebelum ni mcm lot
harga dalam 6k - 12k
yang beli lot tu kena buat rumah dalam masa yang diberikan
kalo tak buat mungkin ditarik balik
selalu orang akan buat rumah kecik dulu ikut kemampuan
ada duit lebih baru buat besar or cantik skit

kalo kat kmpung boleh beli tanah kat sesiapa
tetapi kalo kat bandar memang susah nak dapat
kalau ada pun mahalll mcm tanah ada rumah pulak

So beli dulu rumah mampu milik
ada rezeki lebih bolehlah beli besar skit
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 10:28 PM | Show all posts
Vellfire replied at 15-2-2022 07:37 AM
yang ada sebelum ni mcm lot
harga dalam 6k - 12k
yang beli lot tu kena buat rumah dalam masa yang  ...

owhh ok....harga rumah now makin melambung lor....... tapi ok la dari singapore sini... sini sewa biik je dah SGD1700 (master room). huhuhuhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2022 10:39 PM | Show all posts
mandear11 replied at 15-2-2022 02:28 PM
owhh ok....harga rumah now makin melambung lor....... tapi ok la dari singapore sini... sini sewa  ...

oh duk singapore rupanya.. mmg orang sana ke?

kalo bintulu sarawak nak cari rumah sewa dalam 1K ke atas
sewa bilik skrg pun dah rm600 tu pun bilik kecik jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 03:41 AM | Show all posts
Vellfire replied at 15-2-2022 10:39 PM
oh duk singapore rupanya.. mmg orang sana ke?

kalo bintulu sarawak nak cari rumah sewa dalam 1K k ...

asal perak...tapi da lama kat sini....kalau RM murah la tu sewa.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061245 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list