CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 2

[Sarawak] Lelaki cederakan ibu dipenjara enam bulan

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki yang nekad mencederakan ibu kandung kerana marah tidak diberikan wang, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 5 Februari lalu.

Wong Sheng Yuen, 37, dari Jalan Rejang 21, Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.
Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 326A membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang ditetapkan di bawah Seksyen 323, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan ke atas ibu kandungnya dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kepala sebelah kiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 1 petang, 2 Februari lalu di rumah keluarganya di Jalan Rejang 21, Taman Tunku di sini.

Hasil siasatan lanjut polis mendedahkan sebelum kejadian, tertuduh telah meminta wang daripada mangsa (ibu).

Mangsa kemudian menjawab akan membuat laporan polis memandangkan tertuduh sering meminta wang daripadanya.

Tertuduh yang marah kemudian telah bertindak memukul ibunya di bahagian kepala sebelah kiri menggunakan tangan hingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Fahmy Md Roslen di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


utusanborneo.com.my/2022/02/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:47 AM | Show all posts
anak umur 37 minta duit dari mak
macam ada yang tak kena

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2022 10:44 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 16-2-2022 12:47 AM
anak umur 37 minta duit dari mak
macam ada yang tak kena

sian mak hidup dalam ketakutan setiap hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043791 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list