View: 1877|Reply: 1
|
Bersahur dengan Daging Pelanduk Pula
[Copy link]
|
|
Bersahur dengan Daging Pelanduk Pula
Sekali imbas, daging pelanduk kelihatan seakan-akan daging ayam kerana warnanya agak putih apabila digoreng. Rasanya yang lembut dan kenyal amat enak dimakan sama ada dengan nasi atau diratah begitu saja. Agaknya inilah tuah saya yang kembali bertugas di tempat sendiri. Kalau di Kuala Lumpur dahulu, usahkan dapat makan, melihat dagingnya pun saya tak pernah.
Kali pertama makan daging pelanduk pada tahun lalu, ketika isteri saya sedang mengandungkan anak ketiga kami. Saya beli dengan harga RM40 (biasanya RM50) daripada salah seorang penduduk kampung isteri saya yang memasang perangkap di hutan. Tuah bulan puasa pada tahun ini pula saya dapat merasai daging pelanduk buat kali kedua. Apabila bangun bersahur pada pagi ini, saya dihidangkan daging pelanduk goreng oleh ibu mertua saya.
Rupa-rupanya, ketika saya sedang nyenyak tidur pada malam tadi, adik ipar saya pulang membawa dua ekor pelanduk yang diperoleh ketika bersama-sama kawannya pergi berburu. Kedua-dua ekor pelanduk tersebut diberikan kepada adik ipar saya kerana kawannya itu sydah selalu sangat makan daging pelanduk. Menurut ibu mertua saya, pelanduk yang baru diperoleh ini lebih besar sedikit daripada yang saya beli dahulu. Dagingnya pun lebih banyak.
Ketika mengunyah daging pelanduk pada waktu sahur, gigi saya tergigit beberapa biji peluru senapang yang masih terselit di celah-celah dagingnya. Pada mulanya saya sangkakan serpihan tulang kecil, tetapi apabila diperhatikan betul-betul, rupa-rupanya itu adalah peluru senapang yang telah menyebabkan kematiannya. Malah saya telah tertelan sebiji peluru yang tiba-tiba hilang dalam mulut.
Bukan sahaja daging pelanduk, saya juga pernah merasa betapa lembutnya daging landak. Ditakdirkan seekor landak tersesat masuk ke dalam rumah adik ipar saya yang terletak di tepi bukit. Lalu dia menangkapnya dan membawa ke rumah mertua saya untuk disembelih.
Saya yang kebetulan pulang pada hujung minggu turut memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka. Dapatlah saya merasa daging landak yang digulai dan digoreng. Bagaimana pun, sebagaimana memakan daging pelanduk, saya terbayang rupanya landak yang seakan-akan tikus ketika meratah dagingnya. Ia agak mengganggu tumpuan saya untuk menghayati keenakan dagingnya yang jarang-jarang ditemui itu.
http://orebule.blogspot.com/2012 ... elanduk-persis.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedap...cubalah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|