CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 577|Reply: 1

[Sarawak] Seorang lelaki ditahan bantu kes bunuh dua wanita Indonesia

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode


MUKAH: Seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan dua wanita warganegara Indonesia pada 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Matu-Daro, DSP Neil Beginda memberitahu suspek ditangkap di tepi Jalan Sentral, Daro sekitar jam 3.30 petang pada hari sama.

"Suspek ditahan reman hingga 20 Februari ini," katanya kepada Utusan Borneo di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12 Februari lalu di RC Dermaga Sungai Samong, Daro terdapat tiga mangsa wanita warganegara Indonesia berumur lingkungan 41 hingga 47 tahun disyaki dipukul dan dibunuh.

Dua daripada tiga mangsa dijumpai meninggal dunia dan mayat mereka ditemui terapung di Sungai Samong pada 12 dan 14 Februari lalu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa terselamat dan dalam keadaan stabil.

Berdasarkan hasil siasatan awal, Neil berkata, dua mangsa dipercayai dibunuh di lokasi berasingan kemudian dicampak ke dalam sungai di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2022 08:43 PM | Show all posts


Sungai Samong di mana mayat mangsa telah dijumpai terapung

Lelaki ditahan, disyaki bunuh dua wanita warganegara Indonesia

DARO: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan dua wanita warga Indonesia pada 12 dan 14 Februari lalu.
Kedua-dua mayat wanita itu ditemui terapung di Sungai Samong.

Ketua Polis Daerah Matu Daro Deputi Superintendan Neil Beginda berkata, suspek berumur 31 tahun berbangsa Bajau berkenaan ditahan pada jam 3.30 petang di tepi Jalan Sentral Daro pada Sabtu lalu.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 20 Februari 2022 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan kes tersebut yang dipercayai berlaku di Rc Dermaga Sungai Samong Daro pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan hasil siasatan katanya, kes tersebut melibatkan tiga mangsa perempuan warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 41 hingga 47 tahun dan dua daripada mangsa dipercayai telah dipukul seterusnya dibunuh di lokasi berasingan sebelum dicampak ke dalam sungai di tempat kejadian.

“Mayat wanita pertama ditemui terapung pada 12 Februari manakala mayat kedua ditemui dua hari kemudian di sungai yang sama manakala wanita ketiga dipercayai rakan mangsa yang dibunuh ditemui terselamat,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Suaraswk
February 15, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.964588 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list