CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 1

[Sarawak] RUU lulus, jawatan Ketua Menteri Sarawak kini digelar ‘Premier’

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:34 PM | Show all posts |Read mode


RUU itu diluluskan pada persidangan DUN dengan majoriti dua pertiga, hari ini.

KUCHING: Jawatan Ketua Menteri Sarawak kini digantikan dengan ‘Premier’ selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti dua pertiga, hari ini.

RUU yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Abdul Karim Rahman Hamzah dan disokong Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, diluluskan selepas bacaan ketiga.

Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, RUU berkenaan yang dibahaskan oleh 16 ADUN sebelum diluluskan, telah mendapat undi 67 menyokong, sementara enam lagi membantah.

“Dengan ini Dewan meluluskan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022,” katanya pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Abdul Karim dalam pembentangannya berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini mengembalikan semangat yang asalnya difikirkan oleh pihak-pihak kepada Perjanjian Malaysia, 1963 (MA63) dan iaitu apabila Sarawak bersetuju menjadi parti dalam pembentukan Malaysia, adalah bertujuan supaya Sarawak mengekalkan statusnya sebagai satu daripada tiga wilayah (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) yang membentuk Persekutuan Malaysia yang baharu.

Menurut beliau, ia meletakkan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah dan dianggap tidak mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri komponen lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Katanya, status istimewa Sarawak perlu dicerminkan dengan cara yang berbeza daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

“Seperti yang diamalkan di wilayah Komanwel lain yang menganggap penubuhan serupa dengan Malaysia termasuk Australia dan Kanada, Ketua Persekutuan digantikan sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah yang membentuk Persekutuan dinobatkan sebagai ‘Premier’ manakala subrantau atau negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri.

“Oleh itu, untuk menggambarkan dengan betul status Sarawak sebagai berbeza daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, adalah dicadangkan jawatan Ketua Menteri ditukarkan kepada ‘Premier’,” katanya.

Selain itu kata Abdul Karim, turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri.’

“Memandangkan tanggungjawab yang mereka pegang dan laksanakan, maka adalah perlu untuk mencerminkan kedudukan dan gaya yang betul daripada ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan disebabkan takrifan ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipinda, maka takrifan ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Negeri juga perlu dipinda.

Abdul Karim berkata, pada masa ini, di bawah Perlembagaan Negeri, ‘Persekutuan’ bermaksud ‘Persekutuan yang akan dikenali, pada dan selepas Hari Malaysia, dengan nama Malaysia.’

“Manakala sebelum pindaan baru-baru ini kepada takrif ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan, takrifan ‘Persekutuan’ bermaksud ‘Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.’

“Oleh itu, untuk selaras dengan tafsiran baharu ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan, takrifan ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Negeri perlu dipinda sewajarnya,” katanya.

Mengenai pertanyaan daripada Chong Chieng Jen (Padungan-DAP) apakah terma ‘Premier’ dalam Bahasa Melayu, Abdul Karim berkata, ’Premier’ boleh digunakan dalam Bahasa Melayu.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Speaker, banyak perkataan yang boleh diambil untuk digunakan dalam Bahasa Melayu. Bagi jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ masih boleh digunakan dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Seramai 16 ADUN membahaskan RUU berkenaan sebelum ia diluluskan, antaranya Dudong, Kota Sentosa, Padungan, Tamin, Tupong, Ba’ Kelalan, Daro, Batu Kitang, Mulu, Jepak, Pelagus, Bukit Assek, Bawang Assan, Pujut, Pending dan Tellian.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2022 06:48 PM | Show all posts


LULUS: Sharifah Hasidah menunjukkan dokumen RUU Tafsiran (Pindaan) 2022. - Gambar UKAS

Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan), 2022 diluluskan

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tafsiran (Pindaan), 2022.

Timbalan Speaker DUN Dato Idris Buang berkata, RUU berkenaan diluluskan dalam bacaan ketiga selepas dibahaskan oleh 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali membentangkan RUU berkenaan.

Sharifah Hasidah berkata, 12 lagi kaum akan dimasukkan dalam cadangan RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 antaranya Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa’ban, Tatau, Tring dan Vaie.

Menurutnya, buat masa ini beberapa kaum peribumi di Sarawak tidak dimasukkan di bawah Jadual Ordinan Tafsiran, 2005 (Cap. 61).

“Sehubungan itu, kerajaan berpendapat senarai kaum ini perlu dikemas kini,” katanya pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Di bawah cadangan pindaan RUU itu katanya, kanak-kanak hasil perkahwinan campur boleh dianggap sebagai peribumi walaupun hanya salah seorang ibu bapa adalah peribumi.

Ia katanya, tertakluk kepada syarat dan keperluan yang akan dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pindaan itu (ke atas kanak-kanak daripada perkahwinan campur) adalah tepat pada masanya.

“Dengan pindaan tersebut, kanak-kanak ini akan dianggap sebagai peribumi asalkan salah seorang ibu bapanya adalah peribumi.

“Tiada lagi syarat bahawa kedua-dua ibu bapa mesti warga Sarawak seperti yang dikehendaki sebelum ini,” jelas beliau.

Sharifah Hasidah berkata, ini adalah pindaan yang amat penting dan bersejarah terutama kepada anak-anak perkahwinan campur.

Kerana katanya, pindaan itu akan menyelesaikan masalah undang-undang yang serius dan menjejaskan anak-anak kahwin campur khasnya isu pewarisam dan pemindahan tanah dan banyak lagi.

Pindaan yang dicadangkan itu juga katanya, termasuk seksyen baharu 63 yang memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda Jadual sekiranya terdapat penambahan senarai kaum pada masa depan.

“Kerajaan sedar bahawa pindaan ini mungkin terbuka kepada eksploitasi dan penyalahgunaan. Justeru,  kerajaan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan mengenakan syarat dan keperluan tambahan sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai warga Sarawak.  

“Ini adalah tambahan kepada syarat sedia ada bahawa dia mesti warganegara dan anak kandung daripada warga Sarawak,” ujarnya.

“Yakini bahawa biarpun definisi warga Sarawak kini lebih luas dengan syarat dan keperluan yang dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, peruntukan dalam pindaan baharu itu akan dilindungi daripada penyalahgunaan atau sebarang eksploitasi,” katanya.

Pada masa ini, Sharifah Hasidah berkata, takrif peribumi Sarawak ditentukan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap.  61].  

“Dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 161A, kerajaan negeri diberi kuasa untuk menentukan kaum mana yang akan dianggap sebagai peribumi kepada negeri dengan pemakaian undang-undang negeri.  

“Oleh itu, untuk melaksanakannya adalah dicadangkan supaya Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap.  61] dipinda,” kata beliau.


utusanborneo.com.my/2022/02/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.122679 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list