CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga asing ditangkap bersama dadah di Marudi

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:43 PM | Show all posts |Read mode


Suspek ditahan di perumahan pekerja sebuah ladang di Marudi pada Isnin.

MIRI: Seorang lelaki warganegara asing yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Marudi.

Tangkapan itu dibuat oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada Isnin.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah pekerja yang tidak bernombor itu, pihak polis telah menemui dan merampas barangan kes berupa satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Suspek yang kini direman dan ditahan di lokap Balai Polis Marudi, disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, suspek warga asing itu juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.240434 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list