CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Agape Sibu menjalankan program vaksinasi kanak-kanak keperluan khas

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Janet (tengah) bersama Pengerusi Persatuan Autistik Sibu David Ngu (kiri) dan Pengerusi Pusat Jagaan Methodist Sibu Soon Kong Tiong (kanan) di Sibu hari ini.

SIBU: Pusat Agape Sibu di Jalan Alan di sini menjalankan program vaksinasi untuk kanak-kanak berkeperluan khas berumur lima hingga 11 tahun, pada 19 dan 20 Februari ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu (ACSNS) Kapitan Datuk Janet Lau menggesa ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19.

ACSNS menyasarkan kira-kira 800 kanak-kanak berkeperluan khas berumur lima hingga 11 tahun menerima suntikan dos pertama vaksin mereka pada program dua hari itu.
"Program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun telah bermula pada 7 Februari lalu di sekolah-sekolah awam di Malaysia.

"Jadi, adalah wajar kita memberi vaksin kepada kanak-kanak berkeperluan khas kumpulan umur sama pada ketika ini bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ditanya sama ada program itu menerima pendaftaran secara 'walk-in', Janet berkata, pihaknya lebih menggalakkan ibu bapa mendaftar lebih awal bagi mengelak sebarang proses menunggu terlalu lama atau isu-isu lain.

Katanya, salah seorang ibu atau bapa atau penjaga harus menemani anak mereka ketika mendapatkan suntikan vaksin bagi tujuan tandatangan borang persetujuan penerimaan vaksin.

"Seramai 80 doktor, jururawat, kakitangan kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dan Hospital Sibu serta kakitangan, guru dan sukarelawan daripada NGO Agape iaitu Persatuan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Sibu, Pusat Jagaan Methodist Sibu, Persatuan Autistik Sibu dan Olimpik Khas Cawangan Sibu memastikan program vaksinasi dijalankan dengan lancar.

"Sekiranya tidak dimaklumkan, Pusat Agape Sibu menggesa kanak-kanak berumur 5-11 tahun berdaftar dengan Klinik Kanak-Kanak Memorial Lau King Howe dengan menghubungi talian 084-216624 atau Pusat Jagaan Methodist Sibu (084-219914) atau Persatuan Sibu Autistic (084-213786) atau Olimpik Khas Sibu atau Persatuan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Sibu (084-217911/912) atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) atau menghubungi klinik/NGO masing-masing untuk mendapatkan janji temu," jelasnya.

Sehubungan itu, ibu bapa masih ragu-ragu atau mempunyai sebarang kemusykilan mengenai vaksinasi anak-anak boleh bertanya terus dengan doktor bertugas pada program tersebut.

"Ibu bapa tidak perlu bimbang. Kami menyediakan doktor pakar memberi penerangan kepada mereka. Justeru, akan ada doktor pakar memberi penerangan kepada ibu bapa sebelum anak-anak mereka diberi vaksin.

"Kanak-kanak berkeperluan khas juga menerima vaksin dalam persekitaran mereka yang biasa, disokong doktor berpengalaman, kakitangan dan guru mungkin mengenali keluarga mereka secara peribadi," katanya.

Janet berkata, Jawatankuasa Pengurusan Agape menyeru murid-murid mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sibu tampil mendaftar program vaksinasi di Pusat Agape pada Sabtu dan Ahad ini melalui sekolah/guru bertanggungjawab.

"Kerjasama projek kali ketiga ini, selepas dua pusingan program vaksinasi menyaksikan lebih 1,500 dos diberikan kepada golongan dewasa muda dengan keperluan khas, ahli keluarga, kakitangan dan sukarelawan di Pusat Agape Sibu pada Jun dan Julai 2021 lalu," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050730 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list