Edited by Vellfire at 16-2-2022 11:08 AM


COVID-19: Kes di Sarawak mencecah 300
KUCHING: Sarawak merekodkan 307 kes baharu COVID-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 255,024 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah kes baharu itu, satu kes adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 306 kes adalah Kategori 1 dan 2.
Katanya, daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 89 kes, diikuti Sibu (73), Miri (53), Kapit (22) dan Lawas (21).
Daerah lain yang merekodkan kes hari ini ialah Serian, Bintulu, Kanowit dan Bukit Mabong masing-masing tujuh kes, Meradong (5), Song dan Samarahan (3), Sarikei dan Subis (2), Limbang, Sri Aman, Mukah, Lundu, Tebedu dan Selangau masing-masing (1).
Jawatankuasa turut memaklumkan tiada kluster baharu diisytiharkan, justeru jumlah kluster aktif di negeri ini kekal dua.
Selain itu katanya, tiada kes kematian baharu direkodkan.
utusanborneo.com.my/2022/02/16 |