|
PREDJAMA dibina pada cenuram menegak setinggi 123 meter. FOTO AFP
Ljubljana: Terlindung di sebalik batuan, Predjama iaitu istana paling luar biasa di dunia yang dibina dekat pintu gua di hujung lembah barat daya Slovenia.
CNN melaporkan Predjama dibina pada cenuram menegak setinggi 123 meter dan ia ia muncul dalam rekod sejak 1202.
Ia disenaraikan oleh Rekod Dunia Guinness (GWS) sebagai istana gua terbesar di dunia.
Uniknya istana itu kerana kisah di sebaliknya.
Salah satunya adalah kisah perompak baron, Erasmus von Lueg, seorang wira Robin Hood tempatan yang melarikan diri ke istana itu pada pertengahan 1480-an.
Ia selepas membunuh Count Pappenheim, marsyal di Istana Habsburg dalam satu pertarungan yang kesahihannya dipertikaikan.
Baron merujuk kepada bangsawan di Eropah.
Sebagai tindakan balas, Maharaja Habsburg Frederick III mengarahkan supaya Predjama dikepung.
Bagaimanapun, Erasmus kekal di situ, dibantu oleh rangkaian terowong rahsia yang digali ke dalam batu yang membolehkannya membawa masuk dan mengumpul air hujan.
Erasmus mengejek lawannya dengan menghantar mereka ceri segar yang dibawa masuk dari Lembah Vipava iaitu kira-kira 20.9 kilometer (km) ke barat, menggunakan laluan bawah tanah.
Bagaimanapun, bangsawan itu terbunuh selepas dikhianat oleh amahnya.
Apabila Erasmus pergi ke rumah luar yang terletak di teres di tingkat tiga, amah itu menyalakan obor kayu sebagai isyarat kepada musuh.
Beberapa saat kemudian, bola meriam dilepaskan menghentam rumah itu dan membunuh Erasmus.
Rumah luar itu dibina semula tahun berikutnya.
Difahamkan, lokasi istana itu amat tersembunyi daripada pandangan ramai dan hanya dapat dilihat dari jarak dekat.
Pengawal keselamatan di sekitar istana juga dikatakan akan dapat melihat sesiapa yang datang menghampiri kawasan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
design this building , so old school |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|