CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Kelantan] Terbeban tunggakan bayaran bulanan rumah, bil elektrik

[Copy link]
Post time 20-2-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Nasrom ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada POKB di Kampung Jintan, Chetok, Pasir Mas.

PASIR MAS - Diuji dengan penyakit strok sebelah badan tidak melemahkan semangat seorang lelaki untuk meneruskan hidup bersendirian walaupun pergerakan agak terbatas.

Mohd Nasrom Mohd Yusoff, 48, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jintan, Chetok di sini bergantung sepenuhnya kepada penggunaan tongkat atau kerusi roda untuk bergerak apabila badan terlalu lemah.

Menurutnya, disebabkan hidup sendirian dia terpaksa mengerah kudrat untuk memasak dan menguruskan diri walaupun anggota tubuh sebelah kirinya tidak berfungsi.

"Saya tinggal bersendirian hampir setahun lalu, selepas bercerai dengan bekas isteri. Tiga anak yang berusia 11 hingga 18 tahun tinggal bersama ibu mereka selepas kami berpisah," katanya ketika ditemui semasa menerima kunjungan daripada Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di sini pada Ahad.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah, Timbalan I POKB, Mohamed Afendi Hassan dan Ketua Biro Kebajikan, Nozlyhairani Suhana.

Menurutnya, dia mula diserang strok pada empat tahun lalu sehingga menyebabkan hilang pekerjaan.

Katanya yang bekerja kampung sebelum ini, disebabkan dia tidak dapat mencari rezeki hidupnya sekarang bergantung belas ihsan ahli keluarga.

Mohd Nasrom berkata, sebelum ini dia menumpang bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anak-anak.


"Sejak bercerai bantuan itu sudah tiada. Apa yang memeritkan ketika ini ialah saya turut dibebani dengan tunggakan bil elektrik dan air yang mencecah RM500.

"Bukan itu sahaja, saya turut berdepan masalah tunggakan bayaran bulanan rumah di bawah Projek Rumah Mesra Rakyat," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Mohd Nasrom Mohd Yusoff di 03112-29-000034848-7.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -rumah-bil-elektrik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.183732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list