CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Terengganu] Daging lembu subsidi PJKM, 'licin' dalam masa setengah jam

[Copy link]
Post time 20-2-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode

SYAMSUL (kanan) melayan pengunjung di gerai jualan daging di PJKM di Kampung Batu Hampar, Manir. FOTO Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Sebanyak 350 kilogram (kg) daging lembu yang dijual pada harga RM25 kg habis dalam masa setengah jam sahaja di Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir dekat sini, hari ini.

Harga daging ditetapkan kerajaan pada PJKM adalah RM31 bagi setiap kg tetapi dijual hanya pada harga RM25 selepas diberi subsidi sebanyak RM6 lagi oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Seorang peniaga daging, Syamsul Abdullah, 37, dari Kuala Terengganu berkata, jualan daging dan tulang lembu terpaksa dihadkan hanya satu kg setiap pengunjung.

Menurutnya, gerai jualan daging dan tulang lembu sentiasa menjadi tumpuan pengunjung setiap kali PJKM diadakan di seluruh kawasan Parlimen Hulu Terengganu.

"Keprihatinan Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi subsidi sebanyak RM6 sekilogram menjadikan gerai jualan daging dan tulang menjadi tumpuan pengunjung.

"Sejak dipilih sebagai peserta dan mengadakan jualan pada PJKM di peringkat Hulu Terengganu, sebanyak 12 ekor lembu disembelih," katanya ketika ditemui pada PJKM hari kedua hari ini.

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, mengakui keuntungan diperolehi melalui jualan daging hanya sekadar 'cukup makan' selepas tolak upah pekerja, apabila kerajaan menetapkan harga jualan daging hanya RM31 setiap kg berbanding RM34 di pasar awam.

"Walaupun hanya memperolehi keuntungan sekadar cukup makan tetapi kerajaan perlu meneruskan PJKM bagi membantu mengurangkan bebanan pengguna," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list