View: 597|Reply: 2
|
[Kedah]
Identiti mangsa bunuh dan bakar dikenal pasti
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0222rsbunuh_1645511236.jpg)
Anggota Forensik PDRM dan JBPM Kedah melakukan siasatan di lokasi kejadian selepas mayat seorang lelaki ditemui di bahagian atas sebuah panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala. FOTO ARKIB NSTP
Alor Setar: Identiti mangsa bunuh dan bakar yang ditemukan di tingkat atas bangunan panggung wayang lama terbiar di Pekan Simpang Kuala, 15 Februari lalu sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa disahkan sebagai Yusri Idris, 30-an, yang beralamat di Desa Keda, Pasir Putih, Mukim Tualak, Kuala Nerang.
Beliau berkata, ia berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh waris mangsa.
"Empat individu yang ditahan termasuk seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an masih disambung sehingga 1 Mac ini untuk membantu siasatan.
"Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media pada 15 Februari lalu melaporkan seorang lelaki ditemukan dengan kesan tetakan di tangan dan muka serta mayatnya dibakar di Jalan Simpang Kuala di sini.
Penemuan dibuat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang menerima laporan berhubung kebakaran longgokan sampah di tingkat atas bangunan itu.
Bagaimanapun, polis mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa bunuh berdasarkan terdapat kesan tetakan dan kesan bakar pada mayat mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kes libat pompuan nie...hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh bakar org skang ni buat macam bakar sampah je...tak takot langsung da buat jenayah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|