CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 1

[Kelantan] Rezeki 'bermain' dengan tanah liat

[Copy link]
Post time 23-2-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Amirah (kiri)

KOTA BHARU: Tidak seperti kebanyakan rakan sebaya yang mengejar populariti menjawat profesion tinggi, sebaliknya bermain dengan tanah liat sudah menjadi rutin hariannya dalam mengusahakan pembuatan seramik hingga memberikan pulangan lumayan dan menembusi pasaran antara bangsa.

Amirah Awang, 25, berkata dia mempelajari selok-belok pembuatan seramik daripada ibu bapanya, Awang Yusof, 54, dan Mazura Zakaria, 54, yang mula membangunkan perniagaan seramik sejak 1994 di bawah label Zutah Crafts.

Katanya, sejak kecil dia terdedah dengan pembuatan seramik apabila sering mengikut ibu dan ayahnya ke bengkel, setiap kali cuti semester untuk membantu mereka.

"Bagaimanapun, sebaik menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, pada September tahun lalu, ibu bapa saya

memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan perusahaan ini sekali gus membantu menjana pendapatan.

"Penghasilan seramik tidak akan selesai dalam masa sehari kerana ia membabitkan beberapa proses dan setiap proses pula memakan masa

"Bagi memenuhi permintaan, dalam sehari sekurang-kurangnya 100 kilogram (kg) tanah liat akan diproses dan mampu menghasilkan sehingga 700 seramik pelbagai bentuk menggunakan bekas acuan dan ia mengambil masa untuk disiapkan kerana perlu melalui pelbagai peringkat proses pembuatan membentuk, mengering, mengukir dan membakar.

"Bagaimanapun, proses pembakaran ada kalanya agak mencabar kerana mesin pembakar harus diletakkan dalam suhu yang bersesuaian selain perlu berhati-hati kerana tidak mahu seramik dihasilkan itu rosak," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan seramiknya di Kampung Seribong, Pasir Tumboh, di sini.


Seramik hasil kerja tangan daripada perusahaan Amirah menembusi pasaran Singapura. - Foto/Hazira Ahmad Zaidi

Anak sulung daripada empat beradik ini berkata, kebanyakan seramik yang dihasilkan itu dijual melalui di Facebook, Instagram dan Shopee dan ia bukan hanya di Kelantan, malah turut memasuki pasaran domestik dan antarabangsa termasuk Singapura.

"Antara produk seramik yang dihasilkan termasuklah kek cawan, epal dan silinder yang kebiasaannya menjadi pilihan pengantin untuk dijadikan cenderahati perkahwinan dan ia dijual serendah RM1.80 sehingga RM5 bergantung kepada saiz dan bentuk seramik yang dipilih oleh pelanggan," katanya.

Amirah berkata, tempahan yang diterimanya bukan sahaja dari Kelantan, malah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang menggunakan khidmat pos untuk menghantarnya.

"Bagi penduduk setempat atau pelanggan tetap mereka akan buat tempahan menerusi atas talian atau datang terus ke bengkel di Kampung Seribong.

"Bagaimanapun, apabila seramik yang ditempah pelanggan menggunakan khidmat pos, ada ketikanya saya berdepan dengan risiko apabila barangan ini retak atau pecah, namun saya akan menggantikannya dengan seramik baharu atau mengembalikan wang kepada pelanggan," katanya yang turut dibantu oleh tujuh orang pekerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 01:25 PM | Show all posts
terbaik mek jah...errrr dh ade pakwe blom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.083804 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list