View: 922|Reply: 0
|
Netizen Persoal Pelan Tempat Duduk Stadium JDT Yang Tak Adil!
[Copy link]
|
|
Demam Liga Malaysia (Liga M) semakin hangat dan ramai penyokong kelab bola sepak yang bertanding sudah membuat rancangan untuk menonton perlawanan sukan itu secara langsung.
Bagaimanapun, tular di Facebook mengenai pelan tempat duduk stadium juara Liga Super 2021 Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan "kedekut" bagi penyokong lawan.
kredit foto: The Star
Menurut laporan Majoriti, pelan tempat duduk Stadium Sultan Ismail itu menunjukkan tempat duduk penyokong lawan dikhaskan di kawasan hujung stadium dengan kapasiti yang amat kecil.
Malah, perkara itu mengundang perasan kecewa peminat kelab lain terhadap pihak stadium terutamanya penyokong KL City FC (KLFC) yang akan menentang JDT di Stadium Sultan Ismail pada Sabtu ini bagi perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah).
kredit foto: JDT IG
Difahamkan, peminat KLFC meluahkan ketidakpuasan hati tentang kawasan yang diberikan kepada penyokong di stadium itu, tetapi ada pihak lain berkata bahawa pelan tempat duduk itu hanya untuk perlawanan liga dan bukan untuk kejohanan Piala Sumbangsih atau kejohanan yang menggunakan stadium berkenaan sebagai tempat neutral. |
|
|
|
|
|
|
| |
|