CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Terengganu] Banjir makin buruk, 2,598 mangsa terjejas di Terengganu

[Copy link]
Post time 26-2-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk meredah banjir menuju ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Matang. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 2,598 mangsa terjejas setakat jam 12 tengah hari ini.

Kesemua mangsa daripada 752 keluarga kini ditempatkan di 59 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia menunjukkan sedikit pertambahan berbanding hanya seramai 2,563 orang daripada 772 keluarga di 51 PPS jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, lima daerah masih terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu.

Daerah Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 1,384 mangsa daripada 386 keluarga berada di 19 PPS.

Ia menunjukkan sedikit pertambahan berbanding hanya seramai 1,244 orang daripada 340 keluarga dipindahkan ke 18 PPS pagi ini.

Mangsa banjir di Hulu Terengganu menunjukkan penurunan apabila seramai 430 mangsa daripada 151 keluarga terjejas berbanding seramai 652 mangsa membabitkan 197 keluarga.

Bagaimanapun, jumlah PPS di daerah berkenaan bertambah kepada 13 PPS berbanding hanya 11 PPS sebelum ini.

Di Besut, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 99 keluarga membabitkan 435 mangsa.

Mangsa banjir di Setiu turut bertambah apabila seramai 297 mangsa daripada 103 keluarga berada di 10 PPS.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Dungun menunjukkan penurunan apabila hanya 13 keluarga membabitkan 52 mangsa ditempatkan di empat PPS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.542157 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list