CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Kelantan] Cari kulit sotong, jumpa mayat di pantai

[Copy link]
Post time 26-2-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode
BACHOK: Dua beradik yang sedang mencari kulit sotong dan hasil laut, terkejut apabila menemukan mayat terdampar di pantai Kuala Kandis, di sini, semalam.

Mayat individu berseluar panjang tanpa baju itu dijumpai dua beradik berusia 40 dan 34 tahun berkenaan kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata hasil pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit dipercayai lelaki dan sudah lama berada dalam air.

"Berdasarkan hasil pemeriksaan pada luaran badan si mati, setakat ini, didapati tiada unsur jenayah. Namun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

"Proses bedah siasat akan diteruskan pada Ahad ini," katanya ketika dihubungi.

Buat masa ini, Mohamad Ismail berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan pada mayat.

Katanya, polis kini menunggu laporan bedah siasat untuk membantu siasatan lanjut.

Beliau sekali gus meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau bot nelayan yang kehilangan pekerja, supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk membuat laporan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.041390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list